Rabu, 28 November 2012

HEBATNYA SUSU IBU...

Salam semua pengunjung atiefza...hari ini saya ada kelapangan masa ...so ,saya nak ceritakan sedikit pengalaman saya menyusui anak-anak saya dari anak pertama sehingga anak kedua...

Kawan-kawan,

TAHUN 2009

Suka saya nak ceritakan disini, saya telah melahirkan anak pertama saya pada 24 September 2009..xdapat bayangkan betapa gembiranya saya n suami menatap wajah bayi perempuan kesayangan kami itu..didalam hati berhasrat ingin menyusui bayi saya itu sepenuhnya dengan susu ibu...Maklumlah waktu itu, pengetahuan dalam ilmu keibuan begitu cetek sekali,(Baru first time jadi ibu hehehe...) banyak perkara yang tidak tahu..terutamanya berkenaan PENYUSUAN SUSU IBU...
Berhasrat untuk menyusui anak petama dengan susu ibu sepenuhnya tidak kesampaian lantaran ilmu yang cetek dan tambahan pula kemalasan yang melanda..hehehe (salah diri sendiri) sebab mudah putus asa dan kekok...(SUSU BADAN YANG KURANG + MALAS NAK PAM + fikir nak kerja mcm mana bila dah start keje nanti)...Bila diingat balik rugi dan menyesalnya tidak memberi susu badan sepenuhnya kepada anak saya itu...Saya sempat menyusu badan selama 3 bulan sahaja itu pun dah sulam dengan susu formula semasa dalam pantang...

TAHUN 2011
Apabila sekali lagi saya disahkan hamil anak kedua...saya bertekad dari mula hamil lagi untuk menyusui anak saya  dengan SUSU IBU SEPENUHNYA...ALHAMDULILLAH dengan tekad dan usaha saya sehingga kini saya masih lagi berjaya memberi sepenuhnya susu ibu kepada anak lelaki saya ini..Disamping itu, bukan hanya bertekad sahaja ianya mestilah dilakukan dengan penuh ISTIQAMAH dan selalu berDOA semoga dipermudahkan sepanjang penyusuan tersebut...ALHAMDULILLAH,Disamping itu, kenalah dapatkan produk yang HEBAT untuk terus dapat maintain... sehingga kini 29.11.2012 (kurang 2 hari lagi 11 bulan) anak saya masih lagi menyusu susu badan sepenuhnya...SYUKUR YA ALLAH ....

PERBEZAAN SUSU IBU VS SUSU FORMULA

Memang terdapat perbezaan diantara susu badan dan susu formula terhadap tumbesaran anak saya
anak sulung saya memiliki saiz badan yang kecil dan kelihatan kurus pada zaman umurnya lingkungan umur adiknya kini saya akan postkan gambar anak pertama dan kedua pada umur yang sama nanti blh lihat dibawah nanti...mengenai kesihatan juga ada perbezaannya..sikakak ni selalu saja xsihat,kerap selsema n demam..si adik pula jarang sekali setakat 10 bulan ini hanya 2 kali demam n selsema..HEBATKAN SUSU IBU...

Ini gambar si kakak semasa umur antara  5-6 bulan

Si adik semasa umur 5-6 bulan



Berbezakan...walaupun umur lebih kurang jer....HEBAT SUSU IBU NI...Sape2 yang tgk adik dia mesti geram jer..hehehe...tgk jela lengan dia tu...
DAN INI ADALAH MEREKA BERDUA PERMATA HATI SAYA


Pada akhir2 ini, kesedaran ibu-ibu terhadap PENYUSUAN SUSU IBU semakin tinggi..jadi saya mengajak ibu-ibu sekalian untuk terus berusaha, tanam dalam hati sejak mula hamil lagi untuk memberikan susu ibu..kerana susu ibu adaah yang terbaik buat si MANJA...Sekian.....




KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG

PERMASALAHAN YANG MUNGKIN DIHADAPI SEKIRANYA BERISIKO PENYAKIT KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG.............

  • Janin menjadi besar dikenali sebagai makrosomia. Ini disebabkan oleh gula berlebihan memasuki janin dan mengarahkan tumbesaran pesat, akibatnya janin membesar dan mungkin sukar untuk dilahirkan secara normal, kejadian kelahiran tersekat terutamanya pada bahagian bahu meningkat.
  • Kejadian darah tinggi dan kehadiran protein didalam air kencing meningkat. Jika dibiarkan boleh menyebabkan sawan, kegagalan hati, dan juga buah pinggang. Ibu mengandung mungkin terpaksa melahirkan anak sebelum masanya untuk mengelakkan komplikasi dan musibah yang menyerang sistem dalaman organ. Kematian juga boleh berlaku pada janin.
  • Meningkatkan cecair likuor dikantung dimana janin berada. Ini menyebabkan saiz kandungan melebihi saiz sebenar mengikut kiraan dan menyebabka ketidakselesaan seperti kesukaran bernafas. Kelahiran mungkin berlaku sebelum sampainya penggal kematangan iaitu sebelum 38 minggu.
  • Jangkitan sistem pundi kencing. Sekiranya tidak dirawat,jangkitan di pundi kencing akan merebak ke buah pinggang.
  • Sindrom kesukaran pernafasan mungkin berlaku pada bayi. Risiko ini meningkat untuk ibu-ibu yang mempunyai kencing manis semasa mengandung lebih-lebih lagi apabila kelahiran awal sebelum tempoh terpaksa dilakukan.
  • Kematian bayi di dalam kandungan mungkin berlaku sekiranya kencing manis gagal dikawal. Ini termasuklah keguguran.
* Sumber : Utusan Malaysia, Selasa 27 November 2012

Selasa, 27 November 2012

CHECKLIST UNTUK IBU-IBU MITHALI...





Bekalan susu ibu biasanya berbeza-beza sepanjang hari minggu dan bulan dan sebagainya. Selagi bayi menyusu on demand dan secara terus, bekalan susu ibu akan menampung keperluan bayi. Walau bagaimanapun, apabila ibu mengepam separuh masa atau sepenuh masa, hasil perahan boleh menjadi isu kerana beberapa faktor:

- Hasil perahan dapat dilihat dan diukur, walaupun sebenarnya perubahan production susu adalah normal
- Ibu perlu mengepam sesuatu jumlah susu untuk keperluan bayi ddan ia boleh menjadi agak tertekan apabila ibu tidak dapat mengepam jumlah ini.
-Tiada pam boleh mengeluarkan susu dari payudara sehebat cara bayi lakukan jadi mengepam tidak mengekalkan bekalan seperti mana bayi sendiri boleh lakukan. Oleh kerana ini, jika lebih banyak sesi mengepam dilakukan berbanding menyusu secara direct, lebih besar kemungkinan bahawa ibu mungkin perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan bekalan.



Jika anda merasakan bekalan anda tidak mencukupi, cuba check betul ka tak cukup? Mungkin pengasuh memberi susu dengan kerap sehingga bekalan tidak mencukupi dan kemudian mengadu bahawa anak tak cukup susu. Sesetengah pengasuh memerlukan soft reminder dan frequent demo macam mana nak handle EBM.

Namun, jika jawapannya tidak, cuba cari penyebab lain mengapa anda rasa susu sudah tidak cukup?

1. Pam anda dalam keadaan baik tak?

Pastikan well maintain. Injap dan motor berfungsi dengan baik. Daya hisapannya dalam keadaan baik juga. Kalau tak, pump dekat 15 minit pun, tak berhasil apa-apa.

2. Rutin mengepam anda cukup tak?

Mungkin baru-baru ni, rutin dah ke laut. Asyik terkejar-kejar meeting. Kalau ini berlaku, cuba cari jalan penyelesaian. Ini kerana, penghasilan susu memang berkadar terus dengan pengeluaran. Kalau sikit yang keluar, sikit jugalah yang terhasil. 5 minit mengepam lebih baik dari tidak mengepam langsung. Namun sebaik-baiknya adalah sehingga payudara kosong.

3. Adakah bayi sudah start makan solid food?

Jika ya, mungkin demand berkurangan. Walaupun sesi direct feeding di rumah masih sama, intake yang diambil mungkin berkurangan. Sebagai pumping mom, anda akan dapat lihat dengan lebih ketara. Namun, jangan risau sangat.


4. Baru mengambil pil perancang?

Pil perancang yang mengandungi estrogen, boleh mengurangkan bekalan susu ibu.

5. Period nak datang?

Perubahan hormon akan mempengaruhi susu ibu. Teruskan mengepam macam biasa. Kalau keadaan selalunya kritikal, buat persediaan awal. Pastikan bekalan mencukupi sebelum anda period.

6. Mengandung?

Ya mengandung akan mempengaruhi bekalan susu ibu juga.


7. Adalah anda on diet?

Pemakanan ibu sangat mempengaruhi susu ibu. Jangan abaikan pengambilan protein kerana protein sangat membantu pengeluaran susu ibu.
Air? Oh, kalau sibuk bekerja sekalipun, minum banyak air kosong.


8. Cukup rehat? Stress?

Stress boleh mempengaruhi let down reflect dan pengeluaran susu. Kalau tidur dan rehat tak cukup, cuba curi-curi masa untuk dapatkan rehat dan mengepam dalam keadaan relax dan tenang.


9. Anda sakit?

Kalau kita demam, mastitis atau dehidrat(kekurangan air) memang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Sesetengah ubat juga mengurangkan pengeluaran susu seperti pseudoephedrine, etanol / minuman beralkohol, bromocriptine, ergotamine, cabergoline.

Jadi, macam mana nak naikkan pengeluaran susu kembali?
1.Menyusu secara direct dengan lebih kerap
2.Susun jadual mengepam dan pastikan anda mengikutnya setiap 3 jam. Namun, jika anda terlampau sibuk, jangan terus skip. Pump 5 minit lebih baik dari tidak mengepam langsung.
3.Tambah sesi mengepam di luar waktu pejabat. Contohnya selepas bayi menyusu di rumah. Buat power pumping pada hujung minggu atau sekali sekala.
4. Pastikan anda mengosongkan payu dara. Panjangkan 2-3 minit masa tambahan untuk mengepam dari kebiasaaan anda lakukan.
5. Buat urutan payudara dan breast compression.
6. Cuba ambil makanan tinggi protein dan milk booster seperti alfalfa. Pastikan anda makan mengikut keperluan. Badan anda perlukannya.
7. Jaga kesihatan anda dengan rehat yang cukup, senaman dan ambil supplemen. Lakukan hobi yang anda gemari supaya anda kekal gembira dan mampu menangani stress dengan baik.

Isnin, 26 November 2012

BAHAYA UBAT BATUK DAN SELSEMA KEPADA KANAK-KANAK



Ubat-ubat batuk dan selsema boleh membahayakan nyawa kanak-kanak yang berusia enam tahun kebawah.



Kanak-kanak lebih peka terhadap kesan ubat-ubatan berbanding orang dewasa disebabkan fungsi organ yang masih berkembang dan belum matang sepenuhnya. Meskipun ada ubat-ubatan tertentu amat berkesan mengubati sesuatu jenis penyakit pada orang dewasa.

Berdasarkan laporan yang telah diterima, antara kesan buruk yang berlaku akibat pengambilan ubat batuk dan selsema adalah sawan, peningkatan kadar denyutan jantung menurunkan paras kesedaran dan kematian mengejut.

Penggunaan ubat Batuk (cough and cold) untuk kanak-kanak bawah umur 2 tahun: adalah tidak digalakan kerana berisiko mendapat kesan buruk yang serius hingga boleh menyebabkan kematian.

Ubat tidak akan menyembuhkannya tetapi hanya membantu mengurangkannya dan kemudian penyakit akan sentiasa berulang. Tumpukan pada pemakanan yang berkhasiat. Pengambilan vitamin C yang cukup setiap hari amat penting bagi membantu mencegah penyakit. Gunakan alat penyedut untuk mengurangkan hidung tersumbat. Lozenges dalam bentuk batang adalah selamat untuk kanak-kanak kecil. Vicks bayi boleh digunakan oleh bayi yang berumur 3 bulan keatas. Pastikan persekitaran sentiasa bersih terutama bilik tidur. Habuk juga penyumbang kepada penyakit.

Wap muka anak juga dapat membantu anak-anak mengeluarkan lendir-lendir dihidung. Kemudian tepuk belakang anak anda bagi membantu kahak longgar dan mudah keluar. Dalam proses ini biasa kanak-kanak akan muntah kerana terasa lendir keluar dari tekak. Walaubagaimana pun cara untuk menepuk perlulah dibuat dengan betul, dapatkan bantuan pakar untuk mempelajari proses tersebut.
Tapi jika ibu bapa masih tidak tahu cara menepuk, wap kan muka sudah memadai untuk membantu anak bernafas lebih lega. Membawa anak ke sauna juga boleh tapi hadkan masa jangan terlalu lama.

Sharing is Caring. xoxo :)


Ahad, 25 November 2012

AKSI BAYI...

Anak dalam kandungan sering kali melakukan aksi positif, seperti menendang-nendang atau berputar-putar di sekitar perut ibunya. Keadaan ini menunjukkan bahwa ia tidak saja melakukan aksi, akan tetapi ia juga ingin aksinya itu mendapat sambutan, jawaban, respons dari luar rahim, yakni dari ibu atau ayahnya bahkan dari anggota keluarga lainnya. Jika dimanfaatkan untuk melakukan interaksi yang lebih harmonis, lebih baik dengan melakukan permainan-permainan edukatif, yang bersifat menghibur.

Hal ini selain memberikan manfaat agar si anak dalam kandungan terhibur juga akan menambah erat jalinan hubungan yang indah antara orang-orang yang berada di luar rahim si ibu dan anak dalam kandungannya. Dan, ia akan merasa nyaman dan tenang. Sebab, pada umumnya anak-anak akan merasa tenang dan nyaman bila diberi sentuhan-sentuhan yang menyenangkan dan mengembirakan.

Metode ini cukup dilakukan sederhana saja, seperti langkah-langkah berikut ini. Ketika anak da
lam kandungan mulai menendang perut atau berputar-putar di sekitar perut, maka si ibu hendaknya menyambut dengan kata-kata yang manis penuh kasih sayang. Misalnya, “Adik sayang, ada apa Nak?

Mari bermain-main dengan ibu,” sambil ibu menepuk perut atau membalas tepat di sekitar tendangan bayi tersebut, sambil katakan sesuatu perkataan manis, atau paling tidak bahasa tertawa, tersenyum, riang, dan bahagia. Kemudian tepuk atau tekan lagi dengan lembut perut ibu dengan satu tangan di tempat bayi menendang, kemudian tepuk sebentar hingga ia balik menendang. Lakukan beberapa kali hingga ia berhenti menendang perut si ibu. Kemudian, si ibu hendaklah mengakhiri permainan ini dengan memberikan alunan suara merdu, berupa lagu-lagu indah, syair-syair yang bernuansa riang–gembira hingga si bayi betul-betul tertidur atau tidak menendang lagi.
Anak dalam kandungan sering kali melakukan aksi positif, seperti menendang-nendang atau berputar-putar di sekitar perut ibunya. Keadaan ini menunjukkan bahwa ia tidak saja melakukan aksi, akan tetapi ia juga ingin aksinya itu mendapat sambutan, jawaban, respons dari luar rahim, yakni dari ibu atau ayahnya bahkan dari anggota keluarga lainnya. Jika dimanfaatkan untuk melakukan interaksi yang lebih harmonis, lebih baik dengan melakukan permainan-permainan edukatif, yang bersifat menghibur.

Hal ini selain memberikan manfaat agar si anak dalam kandungan terhibur juga akan menambah erat jalinan hubungan yang indah antara orang-orang yang berada di luar rahim si ibu dan anak dalam kandungannya. Dan, ia akan merasa nyaman dan tenang. Sebab, pada umumnya anak-anak akan merasa tenang dan nyaman bila diberi sentuhan-sentuhan yang menyenangkan dan mengembirakan.

Metode ini cukup dilakukan sederhana saja, seperti langkah-langkah berikut ini. Ketika anak dalam kandungan mulai menendang perut atau berputar-putar di sekitar perut, maka si ibu hendaknya menyambut dengan kata-kata yang manis penuh kasih sayang. Misalnya, “Adik sayang, ada apa Nak?

Mari bermain-main dengan ibu,” sambil ibu menepuk perut atau membalas tepat di sekitar tendangan bayi tersebut, sambil katakan sesuatu perkataan manis, atau paling tidak bahasa tertawa, tersenyum, riang, dan bahagia. Kemudian tepuk atau tekan lagi dengan lembut perut ibu dengan satu tangan di tempat bayi menendang, kemudian tepuk sebentar hingga ia balik menendang. Lakukan beberapa kali hingga ia berhenti menendang perut si ibu. Kemudian, si ibu hendaklah mengakhiri permainan ini dengan memberikan alunan suara merdu, berupa lagu-lagu indah, syair-syair yang bernuansa riang–gembira hingga si bayi betul-betul tertidur atau tidak menendang lagi.

Ahad, 18 November 2012

Keburukan memberi air masak kepada bayi bawah 6 bulan


Keburukan memberi air masak kepada bayi bawah 6 bulan adalah seperti berikut :

MERENCATKAN 

Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama

*Air masak tidak mengandungi ape2 khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*


PENCEMARAN
Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.
 
*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyai anti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*


MENGHAKIS
Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan
 .*Susu ibu build ups protection in baby's stomach. That's why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*

JAUNDIS/DEMAM KUNING
Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.
 
 *Ramai yg bagi petua kat saya semasa preggy dulu, kalau nak avoid anak kena jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah SALAH sama sekali. Ubat jaundis ada DUA shj --> SUSU IBU & PHOTOTHERAPY! Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*  
Sila catitkan dalam buku nota anda yea..Mungkin ada yang mengatakan "Saya beri air masak pada bayi saya daripada saya berpantang, tiada apa-apa berlaku pun." Syukur kerana tiada apa yang berlaku. Adalah lebih baik mencegah daripada merawati kan?? Sekarang ibu-ibu sudah tahu tentang keburukannya, jadi janganlah dilakukan.Bertegas dengan keluarga anda, pengasuh anda jika mereka mahu memberikan bayi anda air masak.
Tegurlah secara berhemah dengan menggunakan fakta-fakta yang saya kongsikan ini.





Sumber dari :
  1. Buku "Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya" oleh Kumpulan Sokongan Susu Ibu Wilayah Persekutuan Putrajaya & Kuala Lumpur.

Rabu, 7 November 2012

Penyusuan secara Eksklusif

Takrifan Penyusuan Eksklusif - Bayi diberikan susu ibu sahaja tanpa makanan atau minuman lain(termasuk air masak). Penyusuan susu ibu sepenuhnya amat penting untuk tempoh 4 ke 6 bulan pertama kehidupan bayi.
Kenapa Penyusuan Eksklusif Penting? 1. Susu Ibu Memberi Perlindungan dari Penyakit kerana di dalam Susu Ibu mengandungi:
- "Bifidus Factor" yang dapat membantu pembiakan koloni Laktobacillus. Koloni ini bertindak sebagai pertahanan kepada serangan pembiakan E.Coli dalam usus.
- Lactoferrin bergabung dengan zat besi menyebabkan bakteria tidak mudah membiak
- Banyak agen anti-inflamatory membantu proses inflamatori yang tidak terkawal yang menyebabkan penyakit
- Lymphocite dan Macrophages yang membantu melawan penyakit
- Antibodi untuk melawan penyakit yang telah terdedah kepada ibu tersebut
- Hormon dan Growth Factor yang membantu pertumbuhan dan kematangan sistem immune bayi, perkembangan otak dan lain-lain
- Enzime lipase dan laktase yang membantu pembentukan sistem penghazaman bayi
2. Susu Ibu Memberi Perlindungan dari Alahan(Allergy) kerana
- Sistem usus bayi mudah terbentuk bila diberi susu ibu. Protein yang diterima oleh sistem bayi adalah protein manusia bukan protein asing.
- Pendedahan yang rendah terhadap protein asing menghasilkan toleransi dan bukannya kesan alahan (allergic)
- Zat seperti zink dan "long chain polyunsaturated fatty acid"  di dalam susu ibu membantu pembentukan sistem immune bayi
- Dengan memberi bayi sekali sahaja susu formula pada bayi di hari yang pertama boleh menggalakkan allergik. Semua susu formula termasuk susu soya boleh memberi risiko allergik seperti ruam, atopik, asthma, eczema dan lain-lain.

3. Pemberian Susu Ibu memberi banyak kebaikan kepada bayi seperti:
- Kadar SID(Cot death) yang rendah
- Kadar kencing manis (IDDM), Otitis Media yang rendah
- Respon pelalian yang lebih baik
- Kurang masalah gigi "Orthodontik"
- Perkembangan tumbesaran, emosi dan sosial yang lebih baik
- Kanak-kanak yang lebih pintar

* Pemberian bahan makanan atau minuman yang lain semasa tempoh 4-6 bulan pertama ini boleh mengurangkan kesan kebaikan yang disebut di atas kerana bahan-bahan asing tadi akan membersihkan perut bayi atau bertindakbalas secara tidak semulajadi di dalam perut dan usus bayi. Tambahan pula pengambilan bahan lain akan memenuhkan perut bayi (terlalu mengenyangkan) dan menyebabkan bayi tersebut tidak mahu menyusu secukupnya dari sumber susu ibu.
--Rujukan dari Kurikulum Panduan Pengurusan Laktasi dan Kursus 18 jam PPUM, KL







 1. Pastikan anda selesa (duduk / baring).
2. Pegang bayi rapat, keseluruhan badan bayi menghadap anda (perut bertemu perut).
3. Sentuh puting anda ke mulut bayi. Tunggu sehingga ia membuka mulut dengan luas seperti menguap, masukkan tampok hitam (aerola) ke mulut bayi.
4. Dagu bayi menyentuh payudara.
5. Kedengaran bunyi bayi menelan.

--Dipetik dari "Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik" (Risalah keluaran Hospital Kuala Lumpur)


 POLISI KEBANGSAAN PENYUSUAN SUSU IBU:-
 
Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja selama 6 bulan dan meneruskan sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan.
"Susu Ibu Pilihan Terbaik".



persediaan dalam pantang

PERSEDIAAN DIDALAM PANTANG

1. Semasa di dalam pantang, iaitu sesudah bersalin, berilah bayi minum susu ibu secara eksklusif. Pemberian susu yang kerap, mengikut permintaan bayi (biasanya lebih kurang setiap satu setengah jam ke dua jam sekali), akan meningkatkan pengeluaran susu.

2. Apabila pengeluaran susu sudah stabil lebih kurang 3 minggu sebelum keluar bekerja, berlatihlah memerah susu. (Anda mungkin telah pernah memerah susu sebelumnya terutama semasa payudara membengkak pada hari ketiga atau keempat sesudah bersalin). Waktu perahan yang sesuai adalah pada awal pagi atau pada bila-bila masa anda terasa pengeluaran susu agak berlebihan. 

3. Setiap perahan susu haruslah di label mengikut tarikh dan disimpan di dalam bahagian beku peti sejuk. Pada permulaan perahan anda mungkin mendapat susu yang amat sedikit. Janganlah bimbang kerana dari masa ke semasa anda akan dapat menambah jumlah perahan susu anda. Biasanya perkara ini terjadi kerana anda masih belum biasa dengan teknik perahan yang anda pilih dan anda mungkin berasa sedikit tertekan, tetapi lama kelamaan apabila anda telah biasa dengan teknik perahan, anda akan berasa lebih yakin dan tenang, dan seterusnya pengeluaran susu juga akan bertambah.

4. Tentukan siapakah yang akan menjaga bayi anda semasa keluar bekerja. Anda perlu melatih penjaga bayi anda itu dengan kaedah yang betul mengenai cara pemberian susu ibu kerana beliau akan menjadi kunci utama kejayaan pemberian susu ibu kepada bayi, semasa anda keluar bekerja. Jika anda bercadang untuk menghantar bayi ke Pusat Penjagaan Bayi, anda harus pastikan Pusat Penjagaan tersebut mampu untuk meneruskan rancangan pemberian susu ibu kepada bayi anda, jika tidak carilah pilihan yang lain.

Bagaimanakah Untuk memastikan penghasilan susu ibu mencukupi???


 1. Mulakan penyusuan awal dalam masa 1 jam selepas kelahiran.
2. Memberi penyusuan susu ibu dengan kerap 10 - 12 kali sehari dan bila-bila perlu (Demand feeding).
3. Tidak memberi bayi minuman lain selain susu ibu.
4. Tenangkan fikiran dan rehat secukupnya.
5. Makan makanan seimbang dan minum secukupnya mengikut keperluan.
6. Teruskan penyusuan di waktu malam untuk menggalakkan penghasilan susu yang banyak.
7. Menyusu dengan posisi dan pelekapan yang betul.
8. Pastikan tiada puting kosong / puting piring.
9. Makanan tambahan dimulakan pada umur 6 bulan.

--Dipetik dari "Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik" (Risalah keluaran Hospital Kuala Lumpur)
 
 PERSEDIAAN PENGASUH BAYI SEBELUM IBU KEMBALI BEKERJA


 1. Kira-kira 2 minggu sebelum anda keluar bekerja, anda bolehlah mula melatih bayi anda menerima susu perahan anda sedikit demi sedikit. Jadual latihan pemberian susu ibu ini perlu diubahsuai mengikut kesesuaian masa bekerja anda.

2. Andaikan anda keluar bekerja selama 10 jam (termasuk waktu perjalanan pergi dan balik ke/dari tempat kerja), bayi anda perlu diberi minum setiap 2-3 jam sekali. Oleh itu anda mungkin membahagikan jadual pemberian susu kepada 4 ke 5 blok waktu iaitu 4 atau 5 kali selama 10 jam.

3. Mulakan jadual dari rutin hari pertama latihan hingga hari ketiga dengan pemberian susu perahan sekali pada blok pertama dari jadual pemberian susu. Untuk blok waktu selebihnya berikan susu ibu terus dari payudara anda.


4. Pada hari keempat hingga keenam, berikan susu perahan untuk dua blok pertama dan blok selebihnya berikan susu anda secara terus kepada bayi.

5. Pada hari ketujuh hingga kesembilan, berikan pula untuk tiga blok pertama diikuti blok seterusnya dengan pemberian susu ibu secara terus.

6. Teruskan latihan hingga blok keempat pada hari kesepuluh hingga keduabelas. Sekiranya anda hanya melatih bayi untuk 4 blok waktu, bayi anda sekarang sepatutnya telahpun membiasakan diri dengan rutin susu perahan. Sekiranya anda mempunyai 5 blok, teruskan lagi latihan dari hari ketigabelas hingga hari kelimabelas. (Ini bermakna anda perlu bermula 15 hari sebelum keluar bekerja).

MASA YANG SESUAI UNTUK MEMERAH SUSU
 
Masa yang sesuai untuk memerah susu untuk ibu bekerja adalah : 

  • waktu rehat pagi: 10:00-10:30 pagi
  • waktu makan tengahari: 12:30-1:00tengahari
  • waktu rehat petang: 3:00-3:30 petang 

Isnin, 5 November 2012

Tips Untuk Meningkatkan Penghasilan Susu


Tips Tingkatkan Penghasilan Susu ~ Power Pumping

Salam semua pembaca atiefza...hari ini saya nak share satu tips yang berguna kepada ibu-ibu semua..terutamanya ibu yang baru bersalin dan ibu-ibu yang berhasrat untuk menyusukan bayi setelah kembali bekerja bagi persediaan membuat stok semasa bekerja nanti..jom kita lihat tips tersebut :
Dalam meningkatkan susu badan...mungkin ramai ibu-ibu yang tertanya2 bagaimana agaknya cara untuk meningkatkan penghasilan susu. Salah satu tipsnya ialah dengan melakukan power pumping. Mari kita lihat apa tu power pumping ya..

 
Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu, dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
  •  Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.
  •  Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
  •  Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

Macam mana nak buat Power Pumping?
-      Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

-   Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.


-      Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sangat tinggi waktu ni.

 
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Anda jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

*** Kepada ibu-ibu bekerjaya yang sangat sibuk di pejabat dan terpaksa skip masa mengepam, anda sangat disarankan membuat power puming pada malam harinya, InsyaAllah susu tak akan berkurang,malah kalau kerap diamalkan,susu akan bertambah dari masa ke semasa. INSYAALLAH…

Ahad, 4 November 2012

Ibu Menyusu Perlu Ambil Perhatian !!




Apabila ibu-ibu menyusukan bayi, perhatikan tanda-tanda penyusuan ibu yang berkesan seperti berikut:
  1. Tanda penghisapan yang berkesan
    1. hisapan perlahan dan dalam
    2. nada hisapan: hisap-telan-hisap-telan
    3. dengar bunyi bayi menelan
    4. hisapan cepat dan cetek
     
  2. Kekerapan penyusuan
    1. susukan bayi dengan kerap mengikut kemahuannya, “on-demand feeding
    2. sentiasa bersama bayi supaya boleh menyusukannya dengan kerap
    3. minggu pertama – susukan bayi lebih kerap
    4. bayi yang tidur lama (lebih daripada 2-3 jam) perlu digerakkan untuk disusukan
    5. menyusu kerap pada waktu malam
    6. purata penyusuan 8-12 kali dalam 24 jam
     
  3. Tanda bayi mendapat cukup susu
    1. bayi berhenti sendiri apabila kenyang
    2. penyusuan kerap 8-12 kali dalam 24 jam
    3. kencing lebih 6 kali dalam 24 jam
    4. kekerapan membuang air besar yang normal (4-8 kali dalam 24 jam)
    5. bayi kelihatan puas, ceria dan kulit bayi sihat
    6. payudara ibu penuh sebelum menyusu dan ‘ringan’ selepas menyusu
     
  4. Memberhentikan penyusuan
    1. biar bayi melepaskan puting payudara dengan spontan
    2. payudara kedua diberi selepas bayi selesai menghisap payudara pertama
    3. berikan kedua-dua payudara secara bergilir selagi bayi hendak terus menyusu
    4. jangan alihkan bayi dari payudara selagi dia sedang menyusu kecuali untuk membetulkan pelekapan
    5. untuk memberhentikan pelekapan bayi, masukkan jari kelingking ke tepi mulut bayi untuk mengeluarkan puting payudara dari mulutnya
Adaptasi daripada Booklet Penyusuan Susu Ibu, PPUM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...