Isnin, 28 Januari 2013

PANDUAN PENJAGAAN IBU DAN BAYI SELEPAS BERSALIN

Salam semua pengunjung Blog Atiefza, 
Hari ini baru berkesempatan untuk menulis lagi...hari ini saya nak berkongsi sedikit panduan penjagaan bagi ibu-ibu selepas bersalin. Sebenarnya terdapat banyak amalan yang boleh dijadikan panduan oleh ibu-ibu selepas bersalin. Kepentingannya  adalah untuk memastikan kesihatan ibu dan anak berada dalam keadaan baik.
Dalam tempoh ini, penyusuan susu ibu dan kaedah merancang keluarga perlu diberikan perhatian yang utama.Ini adalah kerana makanan utama bagi bayi adalah susu ibu sejurus sahaja dilahirkan sehinggalah berusia 6 bulan.

Antara Masalah-masalah kesihatan yang boleh berlaku pada ibu adalah seperti berikut :

-Mengalami pendarahan yang banyak, kejadian ini boleh menyebabkan kematian ibu.
-Berlakunya sawan yang boleh menyebabkan kerosakan organ-organ seperti jantung, buah pinggang, otak dan lain-lain.
-‘Venous thromboembolism-penyumbatan pada salur pembuluh darah yang boleh mengakibatkan kematian.
-Meroyan
Masalah-masalah kesihatan yang boleh berlaku pada bayi
-Jaundis (penyakit kuning) yang teruk yang boleh menyebabkan kecacatan.
-Jangkitan kuman pada bahagian pusat
-Tersedak dan terjeluak yang boleh menyebabkan bayi lemas dan boleh membawa maut.

Pemerhatian terhadap ibu dan bayi
Perhatikan sekiranya ada berlaku pada ibu
-Pendarahan yang banyak dari faraj yang  boleh disebabkan rahim tidak mengecut balik, luka-luka bahagian pangkal rahim atau tertinggal uri.
-Sesak nafas.
-Tanda-tanda salur pembuluh darah tersumbat: bengkak & merah pada betis, sakit dada, susah bernafas,demam.
-Tanda-tanda kemungkinan berlaku sawan: sakit kepala, mata berpinar, pedih, sakit ulu hati dan muntah.
Perhatian sekiranya BAYI ada mengalami keadaan seperti berikut:
-Pendarahan pada tali pusat
-Kebiruan pada badan (bibir, lidah, kuku tangan dan kaki)
-Pernafasan tidak normal (sama ada cepat atau lambat)
-Tangisan yang lemah atau tiada menangis langsung
-Letih dan kelihatan tidak bermaya
-Hisapan yang lemah semasa menyusu
-Muntah-muntah selepas menyusu
-Kurang aktif

Ibu


-Kesihatan diri termasuk mandi, pakai pakaian bersih, tuala wanita perlu ditukar dengan kerap.
-Penjagaan pada luka di luar permulaan faraj atau kemaluan
-Pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang
-Rehat dan tidur yang cukup
-Senaman ringan semasa berpantang
-Pergerakan awal
Bayi
-Kebersihan bayi
-Penjagaan tali pusat sekurang-kurangnya sekali sehari atau bila perlu
-Perhatikan
-warna kulit bayi (kuning, pucat atau kebiruan.
-bayi yang aktif atau lemah
-Tanda-tanda jangkitan seperti demam atau kurang menyusu
-Tidak buang air kecil/besar
-Talli pusat sama ada mempunyai tanda kemerahan atau berbbau atau bernanah
*Sekiranya terdapat keadaan seperti di atas, sila dapatkan rawatan di klinik kesihatan/hospital dengan segera.
Amalan-amalan yang tidak digalakkan selepas bersalin
-Bersalai kerana kemungkinan boleh menyebabkan kekeringan air dalam badan
-Elakkan bertungku dan mengurut di bahagian perut dan di bahagian faraj yang mempunyai luka jahitan.
-Mengambil jamu dan ubat-ubatan yang tidak diluluskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kepercayaan dan amalan salah tentang pemakanan semasa berpantang

Mitos 1: Tidak memakan sayuran dan buahan sebab sejuk, seperti kangkung, kekacang, bayam, labu, sawi dan lain-lain
Fakta: Sebenarnya sayuran dan buahan member sumber vitamin dan mineral dan dapat mengelakkkan sembelit serta mempercepatkan proses penyembuhan luka
Mitos 2: Minum air banyak boleh menyebabkan buncit perut
Fakta: Minum air yang cukup boleh mengelakkan sembelit dan membantu pengeluaran susu ibu.
Mitos 3: Makanan laut boleh menyebabkan gatal dan berbisa, contohnya udang, kerang.
Fakta: Sebenarnya jika tidak ada alergi/alahan, ia boleh dimakan untuk mendapatkan sumber protein.
Mitos 4: Memakan telur boleh menyebabkan luka bernanah.
Fakta: Nanah sebenarnya disebabkan oleh jangkitan kuman. Pengambilan telur adalah sumber protein dan baik untuk pemulihan luka dalaman.
Mitos 5: Makan mee/laksa boleh menyebabkan sakit urat
Fakta: Sebenarnya makanan tersebut boleh menggantikan sumber karbohidrat contohnya nasi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...