Ahad, 16 Disember 2012

KESILAPAN YANG BOLEH MENGAKIBATKAN KEGAGALAN PENYUSUAN SUSU IBU

Salam ibu-ibu dan followers blog atiefza...

Hari ini saya nak share dengan ibu-ibu semua apakah kesilapan yang boleh mengakibatkan kita gagal untuk menyusukan bayi secara Eksklusif
Untuk pengetahun semua, saya adalah seorang ibu yang gagal menyusukan anak pertama saya secara eksklusif atas sebab kekhilafan diri sendiri.

Pada waktu itu, saya hanya mampu bertahan untuk lebih kurang 3 bulan saja. Anda cuba bayangkan, dalam pantang pun  anak saya dah merasa susu lembu. 
Sedih memanglah sedih namun apakan daya, nak menyesal pun tak boleh nak buat apa dah. Sebab itulah untuk anak kedua, saya nekad untuk menyusu susu ibu sepenuhnya...
Bermula daripada itu saya sentiasa mencari info-info tentang penyusuan susu ibu dan pelajari beberapa perkara yang saya rasa merupakan antara KESILAPAN-KESILAPAN BESAR yang sering dilakukan ibu-ibu di dalam pantang yang boleh menjadi punca sehingga membawa kepada kegagalan untuk menyusukan bayi secara eksklusif.

Berikut adalah beberapa kesilapan-kesilapan yang perlu kita ketahui sebagai punca kegagalan untuk menyusukan bayi secara eksklusif :

1. Kurang persediaan & tiada ilmu penyusuan

 Walaupun penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang semulajadi, namun tanpa ilmu yang mencukupi, kita akan mudah kecundang dan senang putus asa.

Oleh itu, saranan saya kepada semua ibu-ibu yang berhasrat untuk menjayakan penyusuan si MANJA anda, carilah info-info tentang penyusuan sebanyak yang mungkin sebagai bekalan nanti. Info-info blh kita dapati dari internet atau boleh saja bertanya pada yang pakar.


2. Memperkenalkan bayi dengan botol terlalu awal

Pengenalan botol kepada si manja bagi tujuan penyusuan sebaik-baiknya dimulakan semasa bayi anda sudah memasuki umur sebulan. Memperkenalkan botol sebagai alternatif penyusuan di peringkat awal kelahiran boleh menyebabkan bayi anda mengalami masalah keliru puting (nipple confusion).

Akibatnya bayi akan lebih gemar menyusu terus dari botol kerana flow yang lebih laju berbanding direct feeding yang memerlukan bayi anda bekerja lebih keras untuk mengeluarkan susu daripada payudara anda. Yelah, bila bayi diberikan botol untuk menyusu, ianya lebih mudah kerana boleh turut dilakukan oleh orang lain sebagai contoh suami mahupun bibik anda. Tapi kesannya ... anda nilailah sendiri.
Untuk pengetahuan ibu-ibu dirumah, saya tidak menyimpan botol susu untuk anak ke-2 saya, saya sengaja tinggalkan di nursery supaya anak saya direct feeding dirumah...ini dapat meningkatkan penghasilan susu saya juga kerana sentiasa mendapat rangsangan daripada bayi.

3. Pelekapan yang tidak betul

Bayi yang baru dilahirkan mungkin akan mengalami masalah lekapan. Oleh itu, berilah bayi anda peluang untuk melekap dengan betul dan jangan terlalu cepat mengalah dan putus asa. Kita yang dah dewasa ni kalau baru belajar sesuatu yang baru pun memerlukan masa untuk menjadi mahirkan?

Bersabar dan ajarlah si MANJA anda untuk melekap dengan betul kerana pelekapan yang baik tidak akan mengakibatkan payudara anda merasa sakit ketika menyusukan selain si MANJA dapat mengosongkan payudara anda dengan lebih efisyen.

4. Menyulam susu formula dengan susu ibu

Terdapat segelintir ibu-ibu baru yang kurang yakin dengan kebolehan diri sendiri untuk menghasilkan susu yang mencukupi untuk si MANJA. Nak pula bila ada suara-suara sumbang yang mencelah dengan mengatakan bayi anda kerap menangis sebab tak cukup susu.

Walhal kalau diikutkan perut seorang bayi yang baru dilahirkan hanyalah sebesar sebiji guli. Tambahan lagi, beberapa hari selepas kelahiran, badan kita akan menghasilkan kolostrum pada kuantiti yang sedikit. 
Namun jangan terperdaya ya ibu-ibu sekalian kerana kuantiti yang sedikit inilah yang mengandungi khasiat yang terbaik buat si manja. Selalulah berfikiran positif kerana kolostrum yang sedikit itu sebenarnya lebih daripada mencukupi untuk menampung keperluan bayi anda. Justeru, tiada keperluan untuk menyulam susu formula dengan susu ibu.
Selepas seminggu kelahiran, jika pun hasil susu perahan yang anda perolehi hanyalah sekitar 1-2oz bagi setiap sesi perahan, Ia adalah memadai kerana penghasilan susu adalah berkadaran dengan kekerapan kita mengosongkan payudara. Jadi, lebih kerap kita menyusu atau pump, lebih banyak susu akan dihasilkan.

5. Tidak minum air dengan secukupnya

Saya selalu nasihatkan customers-customers saya untuk patuh kepada pengambilan air yang mencukupi iaitu 2-3 liter sehari. Mengapa air sangat penting? Kerana susu itu sendiri adalah dalam bentuk cecair.

Jika  ibu mengalami masalah dehidrasi serta tidak mendapat air yang secukupnya, bagaimana badan nak hasilkan susu? Mitos yang mengatakan pengambilan air yang banyak di dalam pantang hanyalah omongan kosong orang-orang dulu. 
Tidak terdapat bukti yang kukuh pun yang mengatakan orang di dalam pantang tak boleh minum air dengan banyak. Cumanya cara anda minum itu perlulah betul untuk mengelakkan kembung perut dan meningkatkan keperluan anda untuk ke tandas dengan kerap.

Saranan saya, minumlah dengan kerap tetapi pada kuantiti yang sedikit. Jadi, air yang diminum tersebut sempat untuk diserap ke dalam badan dan terus dikeluarkan melalui air kencing.

6. Tidak mengepam dengan konsisten

Dua minggu pertama selepas kelahiran seharusnya digunakan untuk mengajar si MANJA anda cara pelekapan dan penyusuan terus dari payudara. Selepas tempoh dua minggu ini tamat, anda bolehlah mula mengatur jadual pengepaman bagi tujuan meningkatkan hasil susu perahan serta mengumpul stok khususnya bagi ibu-ibu yang bekerja.

 Untuk mendapat hasil yang baik, anda perlulah mengepam dengan konsisten setiap 3 jam sekali. Dalam konteks ini, istilah malas perlu ditolak ke tepi. Memberi pelbagai alasan hanya akan menjauhkan anda daripada kejayaan.
Sementara itu, sekiranya bayi anda lebih gemar menyusu terus dari payudara manakala anda ingin mengumpul stok, anda masih boleh mengamalkan tandem pumping iaitu mengepam sambil menyusukan. Melalui cara ini, bukan saja susu akan bertambah banyak malah stok susu yang terkumpul juga akan meningkat.

7. Tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang

Ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan memerlukan makanan yang berkhasiat, ia sesuai dengan jumlah darah dan tenaga yang dikerah semasa bersalin. Oleh itu, ibu-ibu hendaklah menjaga makan, mengikut orang2 lama mempunyai pantang yang pelbagai itu xboleh makan, ini x boleh makan..tapi jika kita bertanya terus kepada pakar,mengesyorkan untuk kita makan makanan berkhasiat..

Sudahlah dengan tak cukup tidur dan rehat kerana terpaksa bangun menyusukan anak beberapa kali di tengah malam, akhirnya badan pasti akan kelesuan dan mudah letih. Secara tidak langsung, kita akan didorong untuk mengambil jalan mudah iaitu memberi si MANJA susu formula dan meminta suami untuk bangun memberi susu kepada anak, betul tak?
Selain melalui pemakanan yang sihat, di sinilah pengambilan supplement dapat membantu. Pilihan saya, sudah tentu Set Penyusuan Eu Four Pack yang terdiri daripada Vitalea, B Complex. Vitamin C dan Ostematrix serta ESP dari Shaklee. Di samping membantu mengembalikan kecergasan badan, ianya juga dapat merangsang penghasilan susu dengan lebih mudah dan lancar. 
Hasilnya, si ibu akan lebih bertenaga dan ceria semasa pantang. Ibu-ibu haruslah dalam keadaan yang gembira tidak boleh stress2 dalam pantang kerana mudah untuk ibu-ibu terkena bentan dan akhirnya badan tidak dapat fokus untuk penghasilan susu ibu. Ibu-ibu juga boleh mencuba makanan  yang boleh meningkatkan penghasilan susu seperti kurma, lobak putih, jantung pisang, pegaga, longan kering dan banyak lagi.

8. Terlalu cepat putus asa

Ibu-ibu jangan terlalu cepat putus asa semasa menyusu, akibatnya ibu-ibu akan berasa tertekan. Ini kan pula bayi menyusu terlalu lama di payudara anda, lagilah ibu-rimas..saya nasihatkan ibu-ibu semua jangan begitu...saya dulu pun bosan juga sebab anak menyusu terlalu lama dipayudara, sebenarnya ibu-ibu...semakin lama bayi menyusu semakin banyaklah susu dapat dihasilkan sebenarnya, sebab rangsangan daripada bayi anda adalah semulajadi jika berbanding dengan pam.
Wah banyaknya tips! Sekarang jom kita tengok pula hasil-hasil yang EBM ibu-ibu yang telah mengamalkan Set Penyusuan Shaklee semoga dapat memberi inspirasi kepada anda semua ibu-ibu di luar sana ..
klik digambar untuk besarkan
klik digambar untuk besarkan
klik digambar untuk besarkan
 wah HEBAT bukan? jika anda berminat blh hubungi saya PM@SMS@WHATSAPP saya, saya ikhlas membantu anda,ibu -ibu yang mahu menyusu bayi secara eksklusif..

FB : Nur Azzura
Phone : 012-5310014
email : azza_azzura@yahoo.com.my

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...