Sabtu, 9 November 2013

TROPIKA COCONUT VIRGIN OIL

Assalamualaikum...
Dah lama rasanya saya tidak menulis di blog kesayangan saya ini...hari ini saya nak bercerita satu produk yang dikenali sebagai  tropika coconut virgin oil iaitu minyak kelapa dara.

Sebenarnya terdapat 1001 keistimewaan yang terkandung dalam minyak kelapa dara ini iaitu :

1. Meningkatjan daya tahan tubuh badan manusia
2. Mempebaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
3. Melancarkan pengaliran glukosa dalam darah serta mengurangkan risiko kencing manis
4. Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik
5. Untuk kecantikan kulit
6. Melembutkan dan mengurangkan kekeringan  dan kekenduran kulit
7. Mencegah risiko sakit jantung
8. Mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak  yang lain
9. Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai dan bertindak sebagai agen pelincir alami (Natural)
10. Membunuh kulat, bakteria dan virus atau atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan)

Ha itu diala serba sedikit khasiat yang terkandung dalam minyak kelapa dara ini.

Skang saya nak perkenalkan pula produk tropika coconut virgin oil ini :

1. Tropika Baby Hair & Body Oil
++ Tropika Baby Hair & Body Oil adalah produk Minyak kelapa Dara (Virgin Coconut Oil) dengan aroma Lavender.
++ Produk ini bersifat organik, antibakteria, kaya dengan Vitamin E dan merupakan produk alternatif yang berkesan merawat eczema, ruam lampin, ruam panas, ruam susu serta lain-lain masalah alahan kulit bayi dan kanak-kanak.
++ Ia melembapkan kulit sepanjang hari, membantu mengekalkan kelembutan serta keanjalan kulit. Isdtimewanya produk ini ia tidak mengandungi steroid, parabens, toksik atau sebarang bahan kimia.
++ Ia juga membantu melebatkan serta menyihatkan rambut bayi anda.

Jadi sebagai alternatif baru dalam industri kesihatan sebaiknya kita menggunakan produk yang semulajadi dan alami. Sebagai contohnya produk tropika ini.
  
+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+

Khamis, 11 Julai 2013

PUASA KE -3 (12 JULAI 2013)

pagi-pagi lagi suami ajak pergi pasar maklumlah hari ini jumaat(cuti).nak cari lauk untuk berbuka hari ini.Dalam fikiran dok bderkira- kira xtahu pun lagi nak masak apa. Tapi si suami dah senarai panjang dah apa yang nak dimakannya..dah siap order dah..hari ni kita makan ikan tuka bakar cili, sayur kangkung, gulai ketam n ikan kembung goreng..hm..terpaksa akurla..takpe asal suami nak makan sediakan jerlah...

Ramai orang berpusu-pusu datang pasar hari ni, maklumlakan semua nak cari lauk untuk berbuka hari ni lebih-lebih lagi hari ini cuti lagi ramailah..sampai nak jalan pun susah, budak-budak 2 orang ni terpaksa kena dukung takut gak dalam-ramai2 camni kan...baik berwaspadala,beringat selalu..

ok hari ni saya nak berkongsi resepi buat ikan tuka(pari) bakar bersoskan rempah cili :

Resepi Ikan Bakar
 - 1 ekor ikan tuka(pari)@ ikan mengikut kesukaan anda
- sedikit lengkuas
- sedikit halia
- 3 tangkai cili kering
- 1 batang serai
- 2 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- sedikit ketumbar
- sedikit gula dan garam
Kesemuanya dikisar hingga lumat...setelah ikan dibersihkan dan ditoskan..perapkan ikan tersebut dengan bahan yang dikisar tadi...tunggu 1jam dan bolehlah di bakar..simple2 je ikan tuka bakar saya..yang nak mencuba blhla try yer...sedap....


ikan tuka(pari) yang siap dibakar




Rabu, 10 Julai 2013

PUASA PERTAMA 10 JULAI 2013

Alhamdulillah syukur puasa hari pertama dah selesai..tinggal 29 hari lagi untuk kita teruskan dalam bulan Ramadhan tahun ini..Tahun ni beraya di perantauan je saya...rumah mak mentua - kodiang, kedah..anda bagaimana?seronokkan bila dapat berkumpul ramai-ramai dengan ahli keluarga...tahun ni xdapatlah saya beraya bersama ahli  keluarga saya di kampung. Tahun ini giliran beraya di kampung suami..tentu adik-adik saya bersedih xdapat beraya bersama...sebab dalam keluarga saya, sayalah kakak yang paling tua sekali n ahli yang berada jauh dengan keluarga..rindula pulak dengan adik-adik n My Lovely Mom...Love n miss u so much...tapi xpe, zaman sekarang dah moden dah..zaman it, facebook ada, telefon ada..email ada..mcm2 kemudahan yang dapat merapatkan hubungan silaturrahim...Alhamdulillah...

Kalau dikampung sayala tukang masak juadah untuk makan dihari raya..semuanya akan lepaskan tanggungjawab itu kepada saya..hm anak perempuan sulungkan..tapi satu jer, nak buat ketupat memang sya surrender..xpandai langsung..makan jer yang pandai..haaa tugas membungkus ketupat ini saya serahkan kepada adik no 2 saya..memang terrer membungkus ketupat...mak oiii, teringat pulak ketupat yang ma saya buat..sedapnya..nasib baiklah masa balik kampung haritu ma saya dah buatkan untuk saya sebelum balik kedah..seminggu dok makan yang tu jer..dok pehangat yang tu je...puasa-puasa ni merecik air liur eh...hahaaha...

Tahun ini saya mencadang untuk masak dagang kat umah mak mentua..kalau 2 tahun lepas saya buat nasi kerabu, tahun ini saya nak tukar selera buat nasi dagang pulak..nak tengok orang kedah ni selera tak makan nasi dagang...kalau suami tu, sampai tambah 2 pinggan orang lain xtaulah camna..suka sungguh dia...


Lupa pulak nak cerita...sepanjang puasa pada  hari ini, saya hanya bekalkan tenaga saya hanya dengan segelas ESP + vitamin B+lecithin pada waktu sahur...alhamdulillah cukup tenaga saya walau anak masih menyusu.. 
puasa kali ini saya berhajat untuk kurangkan berat badan ceket, jadi pada waktu sahur saya hanya minum ESP + vitamin B + Lecithin+ alfalfa..maklumlah anak dah 2 orang jadi penambahan berat badan ini semakin meningkat...jadi saya berazam untuk kurangkan berat badan saya sepanjang bulan puasa ini. InsyaALLAH.....

Waktu berbuka pula, mulanya saya xingin mengambil karbohidrat langsung dalam diet saya, tapi apabila mengenangkan saya masih menyusu anak , jadi hasrat tersebut terpaksa dilupakan..yelakan kesian pulak dekat baby saya Atief nanti xcukup susu pulak.Jadi saya akan mengambil nasi sedikit je bagi mengalas perut n tenaga..lepas tu saya akan minum ESP + ostematrix+ lecithin+ alfalfa..alhamdulillah kenyang dan bertenaga.

InsyaALLAH diharap misi saya berjaya untuk mengecilkan kembali bentuk badan saya..

Khamis, 25 April 2013

10 PILIHAN CARA SIMPAN SUSU PERAHAN



Hari ini terdapat pelbagai bekas penyimpanan perahan susu ibu di pasaran. Dengan cara ini, tidak ada masalah untuk anda terus memberi si manja menikmati susu ibu meskipun anda sibuk bekerja. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pemakanan yang terbaik untuk si manja ialah menerusi pemberian susu ibu secara langsung. Namun ini tidak bererti anda harus mengabaikan pemilihan bekas penyimpanan perahan susu ibu ini kerana ia turut mempengaruhi kesegaran serta tempoh jangka hayat simpanan susu perahan itu nanti.

1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.

2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.

3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.

4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.

5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.

6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.

7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.

8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.

9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertu
mpah.

10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.
Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?
Anda perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian anda perlu menggunakan susu yang mula-mula diperah terlebih dahulu. Jika anda membekalkan susu perahan ibu kepada pusat asuhan anak anda, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar botol tidak bercampur dengan botol kanak-kanak lain.
SUSU IBU YANG DI PERAH DAN DISIMPAN DI  DALAM PETI SEJUK
Bolehkah susu lebihan disimpan semula?
Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. Jika bayi anda tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan itu perlu dibuang.

Sabtu, 23 Februari 2013

PENYUSUAN ANAK SATU HAK


As'salam pengunjung Atiefza...
Sudah lama saya xmenulis yer...suka saya untuk berkongsi satu artikel yang telah dikeluarkan oleh satu paper (Utusan Malaysia) bertarikh Rabu 20 Februari 2013 tentang " PENYUSUAN ANAK SATU HAK"..
Artikel tersebut adalah seperti berikut :

Ibu bapa mempunyai banyak tanggungjawab terhadap anak mereka. Antara tanggungjawab tersebut ialah menjaga, memelihara dan membesarkan. Kirta sering menganggap menjaga anak yang baru lahir adalah suatu kebiasaan dan datang secara semulajadi.
Dahulu ibu bapa kita menerima kelahiran anak sebagai satu rahmat-Nya. Sering kita melihat majlis kesyukuran dibuat dengan majlis bercukur rambut dan akikah. Yang kurang berkemampuan tetap menghantar sepinggan pulut kuning atau bersedekah ke masjid dan jiran tetangga sebagai tanda kesyukuran.
Orang dahulu menyusukan anak mereka kerana itulah perkara semulajadi dan murah. Penyusuan adalah jelas dinyatakan dalam Al-Quran menerusi surah Al-Baqarah ayat 233. Ahli fiqh bersepakat bahawa penyusuan adalah kewajipan ibu yang dipertanggungjawabkan oleh agama yang berasaskan ayat di atas. Kewajipan ibu ini tidak mengira sama ada kaya atau miskin.
Dari sudut sains perubatan, susu ibu memberi perlindungan daripada penyakit kerana ia mengandungi antibodi yang tinggi selain kalsium dan sebagainya. manakala dari sudut psikologi, penyusuan menjalin hubungan ibu dan anak. Keakraban ini sangat penting dalam hubungan ibu dan anak kerana anak akan mengasihi ibunya dan tidak derhaka lagi mendengar kata.
Persoalan yang sering timbul, wajibkah menyusukan anaknyaselama dua tahun?Bolehkah mahkamah memerintahkannya?Oleh kerana tanggungjawab memberi nafkah adalah tanggungjawab bapa, maka bapa berkewajipan membayar upah penyusuan itu. Ini berasaskan surah diatas. Begitu juga dalam surah Al-Talaq ayat 6. Jika ibu telah diceraikan maka ibu berhak kepada upah jika beliau diceraikan talaq bain berasaskan surah Al-Baqarah ayat 233.
Ulama Maliki berpendapat ibu boleh diperintahkan oleh mahkamah supaya menyusukan anak kecilnya. Mazhab Shafie mewajipkan ibu menyusukan anaknya dengan susu pertama sebaik kelahiran dan anak tidak akan hidup tanpanya dan orang lain tidak dapat menggantikannya.
Ulama juga berpandangan bahawa jika ibu masih hidup bersama suaminya sebagai suami isteri atau dalam iddah talaq raj'i, suaminya tidak perlu membayar upah kepada ibu untuk penyusuan tersebut.
Sekiranya ibu telah diceraikan dengan talaq bain (talaq tidak boleh rujuk seperti talaq tiga), maka suaminya iaitu bapa anak wajib membayar upah kerana menyusukan anak. Bagi ibu yang telah tamat iddah dan masih menyusukan anak, maka wajib bagi bapa iaitu bekas suaminya membayar upah penyusuan tersebut. Tempoh penyusuan adalah genap 2 tahun.
Oleh itu, selaras dengan konsep dan hukum penyusuan, anakmen keluarga islam yang wujud di negeri-negeri di Malaysia  memastikan bahawa hak pemeliharaan anak yang masih kecil sehingga berumur 2 tahun ialah hak ibu. Peruntukan ini solah-olah memutlakkan hak ibu terhadap anak yang masih kecil dan alasan sebenarnya kerana ini adalah tempoh penyusuan bagi anak.
Dalam keadaan ibu telah diceraikan dan telah habis iddah sekalipun, ibu tetap diberi keutamaan menyusukan anaknya demi menjaga kepentingan dan kebajikan anak. Ini diperuntukkan dalam seksyen 83(1) Enakmen undang-undang Keluarga Islam, Selangor 2003 yang berbunyi :
"Tertakluk kepada seksyen 83, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagimenjaga anak kecilnyadalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan".
Maknanya, jika pasangan bercerai semasa anak masih bayi (bawah 2 tahun) mahkamah akan menyerahkan pemeliharaan anak tesebut kepada ibunya dan bapa wajib membayar upah penyusuan kepada bekas isteri.
Mana-mana pasangan mempunyai anak yang masih menyusu, mereka tidak bolh menggunakan anak tersebut untuk tujuan membalas dendam. Misalnya, seorang lelaki yang terlalu marah atau benci kepada bekas isterinya tidak memberinya nafkah sebaik tamat tempoh iddahnya.
Malah bekas isterei juga tidak boleh menyusahkan bekas suaminya kerana sakit hati terhadapnya dengan mengenakan upah yang tinggi bagi penyusuan yang luar kemampuan bekas suaminya. Dia juga tidak boleh menafikan hak bekas suaminya untuk memelihara anak secara bersama atau hak anak untuk mendapat kasih sayang daripada ayahnya. Semua ini menunjukkan bahawa islam memberi keutamaan kepada anak.
dalam hal penyusuan, jika ibu tidak mempunyai susu secukupnya atau anak tidak mahu menyusu dengannya, maka demi menjaga kepentingan anak yang baru lahir, maka bapa mesti mencari susu alternatif untuk anak. Nabi Muhammad SAW sendiri disusukan oleh ibu susuan. Namun hari ini dengan wujudnya banyak susu formula iaitu susu lembu yang telah diproses, maka peranan ibu susuan menjadi tidak penting. malah ramai diantara kita tidak tahu pun mengenai ibu susuan daripada segi hukum dan kepentingannya.
ALLAH SWT telah menggariskan sesuatu atas sebab atau hikmah tertentu. Kenapakah pada zaman nabi SAW kecil tidak memerlukan susu, Allah tidak gerakan orang yang menjaganya memberikan Baginda susu  lembu atau susu unta, tetapi mempromosi susu manusia sbagai susu gantian kepada bayi.
Dari sudut hukum, jika menyusukan anak orang lain, maka hukumnya wanita itu menjadi ibu susuan kepada anak susuan itu, Anak susuan menjadi hubungan haram nikah dengan keluarga ibu susuannya.
Daripada peneranagn mengenai hak penyusuan ini, jelas dapat dilihat bahawa islam sangat memntingkan keturunan dan memelihara kebajikan anak. Anak yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai hak untuk hidup, anak perlu diberi makan dan minum.
Oleh kerana bayi yang baru lahir hanya boleh meminum susu dan yang terbaik adalah SUSU IBU, makan ibu-ibu mempunyai kewajipan menyusukan anaknya supaya anaknya tidak mati kelaparan atau kekeringan (dehydration).
Hari ini kita juga mendapati susu awal ibu mengandungi khasiat yang sangat tinggi seperti menghindari pelbagai penyakit dan sebagainya. hari ini di semua hospital kerajaan, ibu-ibu diwajibkan menyusukan anak mereka. Kerajaan juga telah memberikan cuti bersalin selama 90 hari bagi memberi peluang penyusuan susu ibu sepenuhnya selama 3 bulan dan digalakkan sehingga anak berusia 2 tahun.
Bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan juga mewujudkan pusat jagaan anak di tempat-tempat kerja bagi membolehkan ibu membawa anak mereka ke tempat kerja dan boleh keluar menyusukan bayi.
Malahan hari ini juga telah ada mesin mengepam susu yang mana ibu boleh mengeluarkan susu lebih awal dan susu disimpan dalam peti sejuk sebelum diberikan kepada anak ketika bekerja.
Semua ini kerana penyusuan anak oleh ibu adalah satu kewajipan dan dengan cara ini anak dan ibu mendapat manfaat tanpa perlu ibu beerhenti kerja atau anak diberi susu formula.

INFO


Fuqaha sepakat bahawa ibu wajib menyusukan anak kecilnya :
- Anak tersebut tidak mahu menerima susu lain selain susu ibunya. Ini kerana anak akan mati jika tidak diberi susu sedangkan ia hanya mahu minun susu ibunya.
- Hal yang sama dikenakan terhadap ibu susu yang telah tamat kontrak penyusuan kerana anak yang disusukannya tidak mahu menerima susu yang lain.
- Tidak ada orang lain yang mahu menyusukan anaknya maka wajib atas ibunya untuk mengelak daripada kemudaratan.
- Bapa tidak mampu membayar upah penyusuan maka wajib ke atas ibunya menyusukan anaknya sendiri

Isnin, 18 Februari 2013

TIPS MENGENAL TANGISAN BAYI ANDA




Setiap kali seorang bayi menangis, pasti si ibu akan menyorongkan payudaranya atau mendukungnya. Tapi, ketika dua hal itu sudah dilakukan, dan si comel masih saja menangis, barulah si ibu bingung. Alangkah baiknya jika si ibu mengerti tangisan si comel itu, tak perlu bingung, kan ?

Tapi, bagaimana caranya untuk mengetahui erti tangisan bayi?


Tangisan merupakan alat komunikasi pertama yang dikuasai bayi. Dengan tangisan, bayi mengutarakan keinginan dan keperluannya secara efektif. Tidak hairan, bayi menghabiskan banyak masa untuk aktiviti ini. Dalam buku "Your Child's Body Language", Dr. Richard Woolfson menjelaskan bahwa tangisan bayi mempunyai erti berbeza-beza. Setiap jenis tangisan mengambarkan pesan tertentu untuk ayah ibunya. Di bawah ini beberapa contoh tangisan bayi dan cara mengatasinya"

Tangisan "Aku ingin menyusu": bayi Anda akan mulai menangis jika lapar. Tangisannya biasanya berulang-ulang. Pertama, ia menangis lalu berhenti sejenak untuk mengambil napas, menangis lagi, berhenti sejenak untuk mengambil nafas, demikian seterusnya. Mengatasinya, susui dia hingga kenyang. Atau, jangan-jangan memang sudah waktunya makan?

Tangisan "Lampinku basah": bayi lebih suka lampinnya bersih dan kering. Jika lampinnya basah ia akan menangis kerana merasa tidak selesa. Tangisan 'pengumumam lampinku basah" biasanya perlahan, kemudian semakin kuat. Anda juga boleh memperhatikan bahwa ia mengeliat-geliat di tempat tidurnya. Untuk mengatasinya, segera periksa lampinnya, ia barangkali memerlukan lampin yang baru.

Tangisan "badanku sakit" : semua bayi menangis jika ia merasa sakit. Tangisan jenis ini adalah tangisan bernada tinggi, hampir seperti jeritan, kemudian ia terengah-engah pada saat menarik nafas, lalu menjerit lagi. Jalan keluar, cubalah temukan apa yang membuatnya kesakitan. Pegang perutnya, jangan-jangan kejang. Goyang-goyang tangan, kaki atau leher dan kepalanya. Jika ia menjerit lebih kuat ketika menggoyang bahagian tertentu, mungkin ada yang sakit kerana terjatuh tanpa sepengetahuan Anda. Tuamlah bahagian yang sakit dengan air hangat.


Tangisan "aku bosan": Bayi selalu memerlukan stimulasi dan akan timbul bosan jika ia tidak memperolehnya, atau bahkan bosan dengan satu aktiviti saja. Tangisan jenis ini dirancang untuk mendapat perhatian Anda. Maka, tangisan ini lebih mirip kepada teriakan daripada tangisan. Dan, ia akan tetap menangis seperti ini selama ia merasa bosan. Mengatasinya, ganti aktivitinya. Misal, temani dia bermain, menyenandungkan nyanyian, membacakan cerita. Atau boleh juga diajak jalan-jalan.

Tangisan minta dukung : bayi Anda akan menjadi cengeng jika penat, walaupun ia mungkin tidak ingin tidur. Ia akan merengek dengan menjengkelkan. Kepalanya mungkin terangguk-angguk untuk beberapa ketika, dan mungkin Anda melihat bahwa ia menggosok-gosokkan tangannya pada mata serta wajahnya. Mengatasinya, buailah ia perlahan-lahan sampai akhirnya ia tertidur.

Tangisan kesepian : bayi Anda senang bergaul. Ia ingin Anda selalu berada di sisinya. Jika merasa kesepian, tangisannya akan terdengar menyedihkan. Seakan ia tengah sedih atau marah. Mengatasinya, luangkan waktu bersamanya paling tidak sampai ia tenang. Jika Anda perlu menyelesaikan sesuatu, gendonglah ia sampai tenang, kemudian lanjutkan pekerjaan anda bersamanya di sisi Anda.

Itulah beberapa ciri tangisan bayi Anda. Dan, kini sudah tahu rahasianya, kan? Jadi, jangan hanya nyorongkan payudara lagi, ya?

Isnin, 11 Februari 2013

TANDA-TANDA BAYI ANDA MENDAPAT SUSU YANG MENCUKUPI

Bagaimana saya akan tahu jika bayi saya mendapat susu yang cukup?

Dalam beberapa minggu pertama, anda mungkin tertanya-tanya jika bayi anda mendapat susu yang secukupnya, terutamanya jika dia mahu menyusu setiap masa atau ternampak tidak puas selepas menyusu. Apabila telah lepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Dan kemungkinannya memang dia lapar, sebab susu badan selesai dicernakan dalam dua jam selepas dia menyusu.

Kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari. Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bayi.

Malangnya, menimbang berat badan bayi pada beberapa hari pertama tidak akan menyakinkan anda, sebab berat badan bayi baru lahir selalunya turun lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama atau seterusnya. Walau bagaimanapun, bayi anda sepatutnya menambah berat badan selepas itu, dan jika anda menimbangnya semula pada hari ke-10 hingga ke-14, anda akan mendapati berat badan bayi anda sudah pulih kepada berat lahirnya.

Terdapat beberapa cara untuk mengukur jika bayi anda menyusu secukupnya, dan terdapat juga tanda-tanda yang dia tidak menyusu secukupnya. Penyahidratan dalam bayi baru lahir jarang berlaku tetapi anda perlu mengetahui tanda-tanda bayi menyusu dengan sempurna supaya anda boleh menghubungi doktor anda jika terdapat sebarang keadaan yang tidak menyenangkan. Ini termasuklah:

• Bayi anda menyusu lapan hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.
• Buah dada anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lebih lembut selepas penyusuan.
• Kulit bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit.
• Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah.) Urin bayi anda akan berwarna jernih dan tidak berbau.
• Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.
• Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran.

Apakah tanda-tanda amaran bahawa bayi saya tidak mendapat susu secukupnya?

 

Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu secukupnya selalunya termasuk perkara yang berikut:

• Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
• Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.
• Bayi anda meragam atau sering letih.
• Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)
• Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.
• Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.
• Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.
• Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.
• Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.

Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda.

Anda akan tahu yang anda menyusukan bayi dengan secukupnya apabila:
• bayi anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar;
• penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan;
• dan, bayi anda akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang.

Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda berikut, anda menyusukannya dengan secukupnya. Salah satu perkara yang paling sukar semasa memulakan penyusuan ialah merasa yakin bahawa anda menyusukan bayi anda secukupnya. Memang anda menyusu dengan betul, tetapi jangan teragak-agak untuk mendapat nasihat dan bantuan daripada ahli pediatrik, doktor keluarga atau perunding penyusuan semasa peringkat awal penyusuan.

MEWUJUDKAN TABIAT TIDUR YANG BAIK : 0-3 BULAN

Tidur yang tipikal pada usia ini

Bayi yang baru lahir akan banyak tidur – kira-kira 17 hingga 18 jam sehari pada beberapa minggu pertama dan 15 jam sehari menjelang bulan ketiga. Walau bagaimanapun, mereka tidur tidak lebih daripada tiga hingga empat jam pada satu-satu masa, sama ada pada waktu siang atau waktu malam. Ini bermakna: Anda tidak akan dapat tidur terus tanpa gangguan. Pada waktu malam pula, anda akan terpaksa bangun untuk menyusukan anak dan menukar lampin; pada waktu siang pula, anda juga akan bermain dengannya.

Ramai ibu bapa risau mengenai risiko kematian kot pada masa beberapa bulan pertama usia bayi. Apa yang disarankan ialah supaya semasa ia berusia enam bulan ke bawah, bayi tidur pada waktu malam di dalam kot yang terletak di sebelah katil ibu bapa. Saranan lain termasuklah:

• Letakkan bayi anda dalam keadaan telentang, bukannya meniarap atau disisinya.

• Letakkan dia dengan kakinya rapat dengan hujung kot supaya dia tidak dapat menggeliang-geliut mengelungsur masuk ke dalam selimut.

• Pastikan suhu bilik bayi anda adalah di sekitar 18 darjah C / 64 darjah F.

• Bagi kain-kain alas katil, gunakan cadar dan selimut yang berongga dan bukannya duvet.

• Periksa yang bayi anda tidak terlalu panas atau terlalu sejuk dengan merasa bahagian perutnya: jika dia terlalu panas, alihkan selimut; jika dia sejuk, selimutkannya. Jangan memeriksa di bahagian tangan atau kakinya sebab adalah normal bagi bahagian-bahagian itu berasa sejuk.

Rujuk artikel kami mengenai mengurangkan risiko kematian kot untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tidur yang selamat.

Walaupun sesetengah bayi tidur sepanjang malam seawal lapan minggu, kebanyakan bayi belum boleh melakukan sebegini sehingga mereka berusia lima atau enam bulan, atau lebih lewat dari itu. Jika anda mahu bayi anda tidur sepanjang malam, anda boleh membantunya dengan mengajarnya tabiat tidur yang baik seawal mungkin.

Bagaimanakah anda boleh mewujudkan tabiat tidur yang baik


Berikut adalah beberapa perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk membantu bayi anda tidur pada usia ini:

Belajar mengenal pasti tanda-tanda yang menunjukkan dia sudah letih
Semasa usia enam hingga lapan minggu, bayi anda tidak boleh berjaga lebih daripada dua jam pada satu-satu masa. Jika anda lewat menidurkannya, dia akan terasa terlalu letih dan tidak akan dapat lena dengan mudah. Lihatlah tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda sudah mengantuk. Adakah dia menggosok matanya, menarik telinganya atau menunjukkan lingkaran hitam di bawah matanya? Jika anda mengesan tanda-tanda ini atau tanda mengantuk yang lain, cuba letakkan dia ke dalam kot atau raga kendongnya. Lama-kelamaan anda akan memahami secara intuitif mengenai ritma dan pola harian bayi anda dan akan tahu bila masanya dia sudah bersedia untuk tidur.

Mula mengajarnya perbezaan di antara siang dan malam
Sesetengah bayi suka berjaga pada waktu malam (anda mungkin dapat petandanya semasa anda hamil dahulu) dan kadangkala bayi anda akan berjaga apabila anda baru sahaja lena. Hari-hari pertama selepas kelahiran, anda tidak akan dapat menangani ini. Tetapi apabila bayi anda berusia kira-kira dua minggu, anda sudah boleh mengajarnya membezakan malam daripada siang. Apabila dia giat dan berjaga pada waktu siang, bermainlah dengannya sekerap mungkin, pastikan rumah anda dan biliknya cerah dan terang, dan jangan risau mengenai kebisingan biasa seperti telefon, TV atau mesin basuh. Jika dia suka tidur semasa sedang menyusu, kejutkan dia. Pada waktu malam, cuba jangan bermain dengannya apabila anda masuk ke biliknya untuk menyusukannya. Pastikan cahaya dalam rumah dan bunyi-bunyi bising di tahap minima, dan jangan terlalu banyak bercakap dengannya. Tidak lama lagi, dia akan tahu bahawa waktu malam ialah waktu untuk tidur.

Berikan dia peluang untuk tidur dengan sendiri
Apabila dia berusia enam hingga lapan minggu, anda boleh cuba memberi peluang kepada bayi anda untuk tidur dengan sendiri. Cara terbaik melakukannya ialah dengan meletakkannya di katil semasa dia sedang mengantuk, tetapi masih berjaga.

Bagaimana anda menidurkan bayi anda adalah penting. Anda mungkin merasakan bahawa apa yang anda lakukan semasa hari-hari permulaan itu tidak mempunyai kesan yang berpanjangan, tetapi sebenarnya ada. Bayi sedang belajar bagaimana untuk tidur. Jika anda dodoikan bayi anda untuk tidur setiap malam pada lapan minggu permulaan, dia akan mahu didodoi setiap kali. Inilah sebabnya sesetengah pakar tidak menyokong anda mendodoi atau menyusukan bayi anda untuk tidur, walaupun dia masih di usia yang muda. Untuk mewujudkan cara tidur bayi yang mantap, anda perlu menggunakan strategi yang sama setiap malam.

Kesulitan yang mungkin timbul

Tidak banyak perkara yang boleh menganggu gaya tidur bayi yang masih kecil. Tetapi apabila anak anda berusia dua atau tiga bulan, dia mungkin akan:

• terjaga pada waktu malam dengan lebih kerap daripada yang sepatutnya;

• mengaitkan perkara tertentu dengan aktiviti tidur yang berkemungkinan akan membawa masalah kepada anda nanti.

Bayi yang baru lahir perlu bangun pada waktu malam supaya mereka dapat menyusu tetapi sesetengahnya akan terkejut dari tidur sebelum mereka perlu menyusu. Kadang-kala kehadiran anda berhampirannya akan menenangkannya dan dia akan kembali tidur.

Untuk mengelakkan bayi mengaitkan (membuat asosiasi) perkara tertentu dengan tidurnya di mana bayi bergantung kepada sesuatu seperti dodoian atau penyusuan untuk lena, letakkan saja bayi anda di katil sebelum dia tidur dan biarkan dia lena dengan sendirinya.

Penyelesaian masalah tidur

Anda perlu mengajar bayi anda sedikit demi sedikit bagaimana untuk tidur sepanjang malam. Para pakar tidak sependapat mengenai cara terbaik untuk melakukannya dan terdapat pelbagai falsafah yang bercanggah. Beberapa cara penyelesaian utama digariskan di bawah.

Penyelesaian 1
Bayi anda boleh dilatih untuk memperolehi tabiat tidur yang baik seawal usia enam minggu. Caranya ialah mewujudkan rutin tidur malam dan tidur siang yang konsisten dan meletakkan bayi di atas katilnya semasa dia masih berjaga. Selagi anak anda boleh tidur dengan sendiri, anda boleh melayan panggilannya pada waktu tengah malam atau semasa tidur di siang hari. Gantikan sebarang asosiasi tidur yang bergantung kepada kehadiran anda (apa saja yang memerlukan anda berada di situ seperti dodoian atau penyusuan) dengan barang lain yang akan berada di situ semasa bayi anda terjaga (seperti selimut kegemarannya).

Penyelesaian 2
Anda mahu melakukan yang terbaik untuk anak anda dan membantunya membentuk tabiat tidur yang baik merupakan sebahagian daripadanya. Anak anda belum faham lagi mengenai apa yang terbaik untuknya dan akan menangis jika dia tidak mendapat apa yang dia mahukan. Matlamat anda ialah membantunya tidur dan belajar tidur dengan sendiri.

Penyelesaian 3
Latihkanlah bayi anda untuk tidur dengan sendiri serta dapat menenangkan dirinya sendiri apabila dia terjaga. Anda boleh membantunya membezakan antara malam dan siang dari mula dengan mengadakan penyusuan malam dalam keadaan senyap dan tenang, manakala di waktu siang, mengejutkannya jika dia tidur terlalu lewat. Lama-kelamaan dia akan belajar untuk menyimpan tidur panjangnya untuk waktu malam. Jika dia terjaga, gunakan suara anda untuk menenangkannya tetapi lebihkan tempoh masa antara jarak waktu anda mendekatinya. Ini akan membantunya belajar tidur dengan sendiri.

Penyelesaian 4
Bantu bayi anda untuk relaks dan biar dia tahu bagaimana menenangkan dirinya sendiri. Jangan biarkan dia "meluahkan tangisannya," tetapi jangan pula terus pergi kepadanya apabila dia mula merengek. Tunggulah beberapa minit dan pastikan dia benar-benar terganggu dan terjaga, barulah masuk ke biliknya, meyakinkannya dan menenangkannya tanpa mengangkatnya keluar dari kot atau raganya. Sebaliknya, usap dan tenangkannya dengan menggunakan tangan anda dan bercakaplah dengannya. Pada mulanya, pergi kepadanya setiap beberapa minit, tetapi lama-kelamaan panggilkan namanya saja dari luar bilik. Adalah satu idea yang baik untuk mewujudkan rutin waktu tidur yang tenang dan menyokong yang meliputi cerita pengantar tidur, mandian dan lain-lain.

Penyelesaian 5
Bina sikap tidur yang positif dalam anak anda dengan sentiasa menyokongnya selain memberikannya persekitaran yang tenang dan relaks yang akan membuat dia mengantuk. Dia akan belajar menganggap tidur sebagai sesuatu yang menyeronokkan, dan bukan sesuatu yang ditakuti.

Tidak terdapat cara yang "betul" untuk menggalakkan anak anda tidur sepanjang malam. Anda perlu memilih penyelesaian yang sesuai bagi anda dan keluarga anda.

Rabu, 6 Februari 2013

MAKANAN PERTAMA BAYI

Makanan yang pertama

Kementerian Kesihatan menyarankan supaya anda menyusukan bayi anda sehingga usianya enam bulan. Selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak mencukupi untuk memberikan bayi anda nutrien yang secukupnya terutamanya zat besi; jadi makanan lain diperlukan juga.

Menunggu selama enam bulan untuk memperkenalkan makanan pejal ke dalam diet bayi anda adalah baik sebab akan meminimakan risiko tindak balas berlawanan terhadap makanan dan alergi. Ini menjadi amat penting jika terdapat peristiwa alergi dalam sejarah keluarga anda, sebab kebanyakan tindak balas berlawanan terhadap makanan, dan alergi dan penyakit seliak akan berkurangan jika anda menangguhkan cerai susu sehingga waktu tersebut.

Jika anda merasakan bayi anda sudah memerlukan makanan pejal sebelum enam bulan, berbincanglah dahulu dengan pakar pediatrik anda. Ini penting terutamanya jika bayi anda dilahirkan pramatang. Pakar-pakar menegaskan bahawa makanan pejal tidak perlu diperkenalkan sebelum bayi anda berusia empat bulan (20 minggu).

Salah satu perkara pertama yang bayi anda perlu pelajari apabila tiba waktu bercerai susu ialah bagaimana menelan bahan "bukan cecair". Justeru, untuk memastikan bayi anda tidak perlu terus menerima perisa baru dan juga menggunakan otot yang berbeza bagi menelan, maka makanan pertama paling biasa diberikan ialah nasi bayi yang tawar dicampur dengan susu bayi. Apabila bayi anda telah selesa dengan nasi dan susu, berikannya pula sedikit puri buah atau sayur.

 Kebanyakan panduan am menasihatkan supaya anda memperkenalkan satu jenis makanan pada satu-satu masa dan menunggu sekurang-kurangnya tiga hari sebelum memperkenalkan makanan lain supaya anda dapat mengetahui sama ada sesuatu makanan itu sesuai atau tidak bagi bayi anda.

Cubalah:
• puri sayur-sayuran seperti lobak, labu dan keledek;
• puri buah-buahan seperti mangga, betik atau pisang lenyek dan juga buah epal dan pir yang sudah dimasak;
• bijiran bayi yang bebas gluten seperti nasi bayi diperkaya dengan zat besi dan dicampur dengan susu bayi biasa;
• bubur nasi kosong yang dimasak di rumah.






Peringkat seterusnya

Apabila bayi anda nampak gembira disuap dengan sudu, tambahkan jenis makanan, seperti:
• puri lentil atau legum seperti sweet pea;
• puri sayur-sayuran campuran dengan ubi kentang atau nasi;
• puri yang terdiri daripada sayur-sayuran berdaun hijau seperti kobis, bayam, siew pak choy atau kailan.

Cuba berikan hanya satu hidangan puri manis atau bijiran dalam sehari dan berilah puri sayur-sayuran setiap masa. Jadikan makanan tersebut semakin pekat secara perlahan-lahan.

Pakar pediatrik anda mungkin akan menyarankan supaya anda menunggu sekurang-kurangnya enam bulan untuk memperkenalkan kacang soya, ikan dan buah-buahan sitrus; satu tahun untuk memperkenalkan telur dan susu lembu atau produk susu (keju dan yogurt); dan, dua tahun untuk memperkenalkan kerang-kerangan. Jika keluarga anda mempunyai sejarah alergi seperti ekzema, asma atau alergi makanan; bayi anda perlu elak dari mengambil kacang tanah dan bijan sehingga usianya tiga tahun.

Risiko untuk mendapat penyakit seliak boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi gluten, seperti gandum, rai dan makanan berasaskan barli. Ini termasuklah roti, tepung, pasta, sesetengah bijiran sarapan dan biskut rusk sehingga usia enam bulan. Sebaik-baiknya elakkan pengambilan oat sehingga usia bayi enam bulan sebab mungkin ia mengandungi serpihan gluten.

Elakkan susu untuk bayi yang lebih matang (susu tumbesaran) sehingga bayi anda sudah melepasi enam bulan.

Jangan masukkan garam atau gula, madu atau pemanis lain ke dalam makanan bayi anda.

Selasa, 5 Februari 2013

PROSES MENJAGA WANITA BERSALIN SETELAH BALIK DARI HOSPITAL

Elok Mandi Air Rebusan Daun-Daun Bagi Wanita Pantang.

Setelah wanita dibawa pulang ke rumah,wanita dalam pantang sepatutnya diberi rehat yang cukup.Lebih afdal lagi sekiranya para suami yang tidak dapat menjaga isteri bersalin mencari seorang pembantu untuk menjaga isteri mereka ketika dalam pantang.Dari hari pertama balik ke rumah,wanita dalam pantang digalakkan mandi dengan air rebusan daun-daunan seperti di bawah:
Serai,daun pandan,daun tulang,daun lengkuas dan daun inai yang direbus dalam satu periuk.Apabila pastinya telah keluar barulah dibancuh dengan air suam di dalam besen.Bahan daun ini boleh dibuat untuk 3 hari.Cebuk dengan air sireh yang telah direbus di vagina dan air sireh ini dapat mencuci permukaan vagina wanita bersalin.

 Bertungku.

Selepas mandi dilap tekapkan dengan tuala dan baring atas katil dan ditungku dengan batu sungai atau penungku besi khas.Caranya ialah membakar batu atau penungku di atas api dan diletakkan ke atas daun mengkudu dan dibalut dengan kain yang agak-agak rasa suam maka tungkulah arah ke atas dari paras atas ari-ari wanita.Bertungku adalah untuk memecahkan angin,memecahkan darah beku dan mengecutkan peranakan dan urat saraf yang telah kembang dimasuki angin.Bertungkulah dalam tempoh 20-25 minit.
tungku batu Proses Menjaga Wanita Bersalin Setelah Balik Dari Hospital Dalam Rawatan Urut TradisionalSetelah bertungku,proses seterusnya adalah berurut dengan rawatan urut radisional.Urut tradisional wanita lepas bersalin adalah sama saja dengan urut tradisional sihat badan.Yang membezakan 2 kaedah urut tradisional ini hanyalah urutan di perut.Selepas berurut naikkan peranakan dan bubuhlah bahan-bahan barutan di perut,taburkan dan dilapik dengan kain lembut sebelum dibarut atau dibengkongkan.
Terdapat dua jenis cara atau ubat yang boleh diletakkan di atas perut dengan membuat sendiri iaitu dengan:
1. Campurkan ingu/jadam dan halba(dimesen kering) dan dimasak.Setelah dimasak dan dalam keadaan suam,sapukan ke atas perut,ATAU
2. Kalau dengan cara yang ringkas ialah campurkan sedikit kapur makan dengan limau diperah dan di dalam keadaan rasa panas,kapur dan limau tadi ditaburkan ke atas perut dan balut dengan kain lembut sebelum dibarut atau dibengkong.
Bagi tempoh 7 hari,bolehlah dipakai barut yang mempunyai banyak tali yang  sering kita panggil barut “kereta”.Dalam tempoh 7 hari,kita tdak digalakkan membengkong kerana ,membengkong memerlukan cerutan yang kuat.Dikhuatiri cerutan tadi boleh merosakkan sistem dalam perut.Menggunakan barut pada peringkat ini adalah lebih afdal kerana cerutannya tidak kuat.

  Berbengkong.

Pada hari seterusnya elok dibengkong dengan bengkong yang panjangnya 8-10 meter yang diikat lilit dari bawah punggung hingga ke paras dada wanita tersebut. Bagi wanita yang bersalin melalui “scisorion” (operation),jangan dibarut atau dibengkong.Cukup sekadar mendapatkan rawatan urut tradisional sahaja dan dielakkan dari mengurut di bahagian perut yang luka.
Tujuan berbengkong adalah:
1. Bagi memastikan pergerakan ibu bersalin dibataskan.
2. Bagi merapatkan kembali vagina.
3. Bagi menaikkan kembali keanjalan punggung yang jatuh.
4. Supaya perut ibu bersalin dapat balik ke asal,dan supaya tidak gendut atau buncit.
5. Supaya air yang kita minum tidak boleh membuatkan perut menjadi lembik dan menggelebeh.
Dinasihatkan proses di atas hendaklah dilakukan seawal pagi sebelum ibu-ibu bersarapan pagi.Lakukan penjagaan di dalam pantang selama 44 hari.Kecuali berurut dengan rawatan urut tradisional bolehlah dilakukan 3 hari dulu.Kemudian setelah dua minggu boleh diulangi dapatkan rawatan urut tradisional untuk mengurut 3 kali lagi.

Selain dari mandian herba,bertungku,berurut dengan urut tradisional dan membengkong,ibu-ibu bersalin dinasihatkan meminum rebusan akar kayu atau jamu bersalin selama dalam pantang.Ibu-ibu juga  digalakkan meminum air kunyit yang telah ditumbuk untuk tiga hari berturut-turut.Ini untuk mencuci segala kotoran darah nifas dan menghilangkan bau yang tidak enak.Akar kayu atau jamu untuk memastikan semua urat saraf,saluran peranakan dan peranakan menjadi kuat dan kecut kembali.
Akar kayu dan jamu juga baik untuk merangsang darah supaya ibu bersalin tidak di dalam kedinginan dan kesejukan.Pakailah stokin untuk mengelakkan angin masuk ke dalam badan.Pakailah baju yang agak tebal biar berpeluh dan jangan kedinginan.

Elakkan diri dari terkena terlalu banyak angin dari kipas atau alat penghawa dingin.Kedua-dua lubang telinga disumbat dengan bawang putih yang telah dibuang kulit.
Sapukan pilis di dahi.Cekak dan ikat rambut dengan kuat dan kemas supaya urat saraf di muka tidak cepat kendur sebelum tiba waktunya.Seluruh badan hendaklah disapu dengan param.
Sekiranya ibu-ibu dapat mengikut cara-cara tradisional seperti di atas,pasti kesihatan para ibu akan terjamin untuk jangka waktu yang panjang.Kerana dengan bepantang dapat memastikan keseluruhan badan,urat saraf dapat dirawat untuk kembali normal dan ibu-ibu akan dapat mengembalikan tenaga ke asal.
Urut tradisional bagi wanita bersalin ini memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut atau 5 hari atau 7 hari atau sebulan mengikut kehendak wanita itu sendiri.Lagi kerap berurut urut tradisional lebih banyak kelebihannya.
Di antara kelebihan urut tradisional bagi wanita bersalin ialah:
1. Apabila setiap wanita itu lepas melahirkan,mereka akan menghadapi lemah lesu di seluruh badan kerana urat-urat yang menegang ketika proses kelahiran.Dengan mengurut rawatan urut tradisional,akan dapat melembutkan urat-urat tersebut dan menyegarkan kembali badan.
2. Rawatan urut tradisional bagi wanita bersalin dapat memastikan pengaliran darah berjalan dengan betul dan darah-darah kotor serta toksid kotor dapat keluar sekali bersama-sama darah nifas.Oleh yang demikian,tidak terdapat darah yang tersekat di dalam pembuluh urat saraf,juga dapat membuang angin.


wanita bersalin Proses Menjaga Wanita Bersalin Setelah Balik Dari Hospital Dalam Rawatan Urut Tradisional3. Dalam rawatan urut tradisional bagi wanita bersalin,dengan mengurut dan menolak peranakan wanita tersebut,dapat menjamin peranakan wanita bersalin itu berada di dalam keadaan yang sempurna dan tidak turun ke bawah.Sekiranya peranakan ini turun,akan mengakibatkan kesan kepada wanita  itu sendiri seperti kencing tidak tos,dan kemungkinan keluarnya tombong dari faraj(prolapse).
Itulah keperluan-keperluan yang perlu dibuat oleh wanita yang baru lepas bersalin di mana tidak dapat disangkal,amalan amalan ini telah diamal oleh orang-orang melayu sejak dulu lagi yang mana diakui keberkesanannya.Semua ini yang harus disusuli dengan proses yang wajib iaitu rawatan urut tradisional

SAKIT BUAH PINGGANG


Berlebihan asid urik dalam buah pinggang kerana asid yang terlampau banyak di dalam darah hasil daripada penghadaman makanan yang tidak betul,asid urik akan membentuk ‘batu’ dalam buah pinggang.
Rosaknya renal,buah pinggang gagal menapis keluar hasil kotoran daripada aliran darah.Pembengkakkan dan jangkitan pada pundi kencing.Oleh kerana itu ia tersekat dari membuang keluar kotoran yang disalur dari buah pinggang.

Tanda-Tanda Penyakit Buah Pinggang.


Sukar buang air kecil atau kencing kerap dari biasa.Tisu-tisu badan membengkak dapat juga dilihat bengkak pada muka kerana pengumpulan cecair pada tisu.Sakit belakang,hilang selera makan,gatal-gatal badan,tidak sedar diri dan lemah-lemah badan.
Apa Yang Menyebabkan Sakit Buah Pinggang.
Dirosakkan oleh dadah (pain killer),racun,bahan pengawet makanan seperti asid borik dalam kek,mi dan makanan bertepung.Demam kuning,kedudukan tulang-tulang yang tidak teratur dan anemia.
Sebab-Sebab Yang Boleh Merosakkan Pundi Kencing Yang Boleh Membawa Kepada Sakit Buah Pinggang.
‘Batu’ yang tumbuh pada buah pinggang,pembesaran sistem peranakan,buah pinggang terapung dan cedera tulang belakang.

Penjagaan Pemakanan Oleh Pesakit Buah Pinggang.

buah pinggang 3 Urut Tradisional | Sakit Buah Pinggang1. Asparagus – Memberi air kencing bau yang kuat yang menunjukkan ia membuang asid urik yang banyak.Kukus asparagus selama 3 minit.
2. Anggur hitam – Tekanan darah akan turun dan air kencing bebas dari albumin.


3. Tembikai – Kunyah dengan agak lama.
4. Timun – Mentah atau jus,boleh dicampur dengan jus karot,2 pain sehari diminum.
5. Air bali,kacang soya dan kobis.
Makanan Yang Perlu Dielakkan.
Garam,makanan awet,sos soya,kopi,teh,tomato,bayam masak,lada sulah dan alkohol.
Jenis-Jenis Herba Yang Disyorkan.
Herbal MIX,herbal YANG/YIN,herbal WIND,herbal FLUID,herbal CHOLES.
buah pinggang 2 Urut Tradisional | Sakit Buah PinggangMasalah buah pinggang ni boleh juga diurut dengan rawatan urut tradisional.Tukang urut tradisional biasa mengurut di sekitar kawasan pinggang pesakit.Rawatan urut tradisional ini tidak banyak dapat membantu kerana ia berkait rapat dengan amalan dan juga penjagaan pemakanan kita semasa hari-hari biasa dan juga pada masa selepas berlakunya penyakit ini.Perlu diingatkan bahawa,penyakit buah pinggang ini adalah antara penyakit yang paling merbahaya kerana ianya melibatkan ‘kilang’ pemprosesan bahan kumuh dari badan manusia.Jika rosak buah pinggang,maka rosaklah kehidupan individu tersebut.Jadi berhati-hatilah dengan amalan dan pemakanan seharian kita.Dapatkanlah rawatan urut tradisional sekali-sekala untuk mencuci segala kotoran dalam darah kita.Jika terjadinya sakit buah pinggang,peratusan hayat kita untuk hidup amatlah tipis walau dapatkan rawatan urut tradisional.

TUGAS-TUGAS DARAH


Darah adalah sejenis tisu cecair yang berada dalam tubuh manusia.Jumlah kuantiti isipadunya ialah lebih kurang 10 pain bagi orang dewasa.Kandungan yang terdapat di dalamnya pula ialah 45% darinya ialah pepejal yang terdiri dari sel-sel darah manakala bahan cecairnya pula sebanyak 55% yang dikenali sebagai plasma darah.

Tugas-Tugas Darah.
Terdapat sekurang-kurangnya 7 fungsi utama darah yang terdapat di dalam badan manusia sepertimana yang dihuraikan di bawah:
1. Membawa oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.
2. Memindahkan bahan kumuh dari tisu tubuh untuk disingkir keluar karbon dioksida ke peparu,urea ke buah pinggang atau ginjal,air ke kulit tubuh,ginjal dan peparu.
3. Membawa hormon dan enzim dari satu tempat ke tempat yang lain.
4. Sel darah putih yang terdapat di dalam darah berperanan sebagai tentera untuk memulihara dan mengawal tubuh pada masa diserang oleh mana-mana kuman atau virus yang membawa penyakit.Banyak di kalangan sel-sel itu yang musnah bersama-sama dengan kuman.
5. Sel pembeku yang terdapat di dalam darah iaitu fibrinogen bertugas sebagai pelindung tempat-tempat yang luka dan mencegah tumpahan darah.
6. Pengaliran darah ke seluruh badan boleh membantu mengawal suhu badan.
7. Mengeluarkan warna normal kepada tubuh dan memecahkan sel-sel darah merah untuk mengeluarkan bahan pewarna kepada hempedu,air kencing dan najis.
Penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit tajuk jantung(Coronary Heart Desease) sememangnya mempunyai kait-mengait antara satu sama lain.Dengan lain kata-kata,apabila seseorang itu terkena penyakit jantung,sudah tentu ia juga akan diserang oleh tekanan darah tinggi dan begitulah sebaliknya.
Pengerasan yang berlaku di arteri ataupun “Arterious Klerosis” sebenarnya mempunyai hubungkait dengan kadar kolestrol yang ada di dalam darah.
Bahaya Kolestrol.
kolestrol Penyakit Darah Tinggi Dalam Rawatan Urut TradisionalKolestrol ialah bahan lemak ataupun bahan berminyak yang membentuk sebahagian daripada dinding sel tubuh.Ianya juga merupakan blok asas bagi pembinaan hormon steroid.Sekiranya peningkatan paras kolestrol darah agak tinggi,menyebabkan ianya mudah terkumpul dalam dinding arterinya yang menyebabkan tersumbat dan tersekat bekalan darah.Inilah dia apa yang dipanggil pengerasan arteri yang boleh menyebababkan serangan jantung,strok ataupun tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi boleh berlaku pada bila-bila masa ke atas seseorang apabila terjadinya pengerasan arteri,penyakit ginjal,kegemukan yang berlebihan,terlalu tinggi paras kolestrol dalam darah dan juga ketegangan saraf serta emosi yang berterusan.Tekanan darah tinggi biasanya boleh menyerang seseorang seawal-awalnya pada usia 30 tahun,selain itu faktor baka atau keturunan juga menyebabkan seseorang boleh terkena tekanan darah tinggi.

b.p set1 Penyakit Darah Tinggi Dalam Rawatan Urut TradisionalUrut Tradisional | Mengukur Tekanan Darah.

Dalam menyukat ukur tekanan darah untuk menentu samada tinggi atau rendah,doktor biasanya menggunakan sejenis alat yang dipanggil “B.P.SET”.Pemerhatian ditumpu pada tekanan jantung yang tertinggi sewaktu kemasukan darah dalam salurnadi dan ini disebut “Systolic”.Manakala yang rendah disebut “Diastolic” iaitu ukuran tekanan darah yang ada dalam salurnadi sebelum jantung berdenyut lagi.
Paras tinggi atau rendah tekanan darah seseorang boleh dilihat melalui milimiter air raksa yang menunjukkan tingginya tekanan itu.Ukuran tekanan darah normal bagi seorang dewasa ialah 120/80.Sekiranya tekanan sudah sampai ke paras 140/90,itu beerti anda sudah terkena tekanan darah tinggi.
Perlu dijelaskan bahawa semakin tinggi kadar tekanan darah,maka semakin tinggi risiko pengerasan arteri.Ini disebabkan tekanan darah yang tinggi akan menekan dan menghimpit kolestrol ke dalam dinding arteri.Dengan lain kata-kata,tekanan darah yang tinggi telah memaksa jantung bekerja kuat.Keadaan ini telah menyebabkan jantung terpaksa bekerja teruk akibatnya otot-otot jantung semakin membesar.
Pada peringkat awalnya salurnadi arteri dilihat mempunyai lubang yang agak luas,tetapi lama kelamaan ianya semakin hari semakin tertutup oleh kolestrol darah yang akhirnya menyebabkan seseorang terkena serangan sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
kuaci2 Penyakit Darah Tinggi Dalam Rawatan Urut TradisionalMengurangkan Kolestrol Darah.
Dari penjelasan yang diberi,jelaslah kepada kita bahawa salah satu faktor utama menyebabkan seseorang boleh diserang oleh penyakit darah tinggi ialah berpunca dari tingginya paras kolestrol darah,maka langkah awalan yang perlu diambil ialah berusaha agar paras kolestrol dapat diturunkan.Untuk itu,garis panduan berikut haruslah diikuti.
1. Lebihkan memakan roti dan bijirin,buah,kacang,biji-bijian dan sayuran hijau.Kesemuanya ini,rendah kandungan lemak,tiada kolestrol dan kaya dengan serabut,vitamin dan mineral.
2. Kurangkan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu seperti daging merah berlemak,kulit ayam,krim,keju dan mentega.
3. Kurangkan makanan yang tinggi kandungan kolestrol seperti daging,organ (perut,otak,limpa dll) serta kuning telur.
4. Elakkan makanan yang dimasakkan dengan minyak atau lemak berlebihan.Sebaik-baiknya kurangkan makanan bergoreng.Cubalah makanan yang direbus kukus atau bakar.
5. Kurangkan makanan bergaram seperti ikan kering,telur masin,sayur jeruk atau kicap.
6. Waktu tidur perlulah dijaga di mana tidur yang cukup bagi orang dewasa ialah antara 7 hingga 8 jam di waktu malam.Satu kajian yang dibuat oleh sekumpulan doktor di sebuah universiti di Holland Belanda beberapa tahun lalu mandapati bahawa tekanan darah seseorang yang tidak mendapat tidur yang cukup atau langsung tidak tidur diwaktu malam baik secara mendadak,manakala keadaan urat sarafnya dapati tegang bengkak dan berbuku-buku.
7. Hentikan terus pengambilan alkohol.
8. Kurangkan pengambilan garam.
9. Banyakkan bersenam,kerana dengan cara bersenam dan mengeluarkan peluh boleh membantu menghancurkan lemak dan kolestrol.
10. Berbekam biasanya diamalkan oleh masyarakat Melayu dalam rawatan urut tradisional dizaman silam.Ianya dilakukan apabila dirasai selalu sakit kepala,gelap mata atau terlalu tegang dan terasa berat di bahu serta tengkuk.Walau bagaimanapun,amalan berbekam dalam rawatan urut tradisional di kalangan masyarakat Melayu kini di peringkat kampung mahupun di bandar sudah hampir pupus.
Berbekam dalam rawatan urut tradisional ialah satu perbuatan di mana darah disedut keluar di sekitar kepala dengan menggunakan gelas atau botol kecil ataupun tanduk lembu.Cara-cara berbekam dalam rawatan urut tradisional adalah seperti berikut:
Cara Cara Berbekam:
bekam 22 Penyakit Darah Tinggi Dalam Rawatan Urut Tradisionali.   Rambut di belakang kepala dicukur terlebih dahulu seluas mana permukaan gelas.
ii.  Nyalakan sedikit api di dalam gelas selama 2 minit kemudian matikan api tersebut.
iii. Sebelum api di dalam gelas dimatikan,lukakan terlebih dahulu kulit kepala kepada lima,enam tempat sekadar mana boleh mengalirkan darah.
iv. Sejurus selepas api dipadamkan lekatkanlah permukaan gelas pada kulit kepala.Dalam tempoh beberapa minit sahaja darah kelihatan disedut keluar.
v.  Gelas akan tertanggal dari kepala dengan sendirinya dalam masa tak sampai 10 minit.Selepas itu sapukan kapas yang sudah dicelup dalam alkohol di tempat yang luka-luka tadi.
Biasanya,selepas berbekam seseorang akan merasai ringan di sekitar bahu,belikat,di kepala manakala penglihatannya dirasai lebih terang dan jelas.Keadaan ini akan dinikmatinya selama kira-kira lebih dari 1 tahun dan pada masa itu ia akan cuba dibekamkan sekali lagi.
Antara alat-alat berbekam ialah:
*  Satu biji gelas kecil.  *  Pisau cukur dan gunting.  * Kapas serta kain bendeg.  * Mancis Api.
11. Hentikan merokok.
Merokok sudah dikenal pasti membawa masalah dan gangguan kesihatan kepada manusia.Antaranya termasuklah gangguan ke atas sistem saraf,sistem pencernaan,sistem peredaran darah dan juga sistem pernafasan.
Bahan-Bahan Yang Ada Dalam Rokok:
smoking Penyakit Darah Tinggi Dalam Rawatan Urut Tradisionali.  Nikotin – Bahan nikotin boleh meningkatkan pengeluaran kolestrol yang akhirnya boleh menyebabkan pengerasan salur darah,menaikkan tekanan darah dan juga paras gula di dalam darah serta menambahkan denyutan jantung.
ii. Karbon monoksida – Gas karbon monoksida menyerap masuk ke dalam hemoglobin darah dan mengatasi paras oksigen menyebabkan jantung terpaksa menggandakan tugasnya untuk mendapatkan darah beroksigen yang cukup.
Sungguhpun asap rokok yang anda sedut masuk ke dalam badan mengandungi lebih dari 300 jenis bahan kimia berbahaya,namun saya kira cukuplah dengan menjelaskan 2 jenis sahaja bahan kimia yang perlu diketahui umum.
12. Banyak Bersenam.
Di sana anda akan menemui berbagai jenis senaman yang ringan-ringan yang boleh mengeluarkan peluh.Adalah lebih baik jika anda memulakan senaman dengan cara berperingkat-peringkat bermula dengan berjalan kaki,berbasikal,jogging dan diikuti dengan jenis senaman yang lebih berat.Dengan menggunakan kaedah tersebut,anda sudah berjaya mengurangkan sebanyak 20% kalori diet anda dalam sehari.Cara senaman dengan berjalan kaki sebenarnya boleh mengurangkan paras kandungan lemak di bahagian kaki,betis,paha,punggung,pinggul dan abdomen.

Urut Tradisional | Jenis-Jenis Ubatan Tradisional Untuk Penyakit Darah Tinggi.

Buah Mengkudu.
mengkudu1 Penyakit Darah Tinggi Dalam Rawatan Urut Tradisionali.   Ambillah buah mengkudu yang sudah masak,diperah dan diambil airnya.Minumlah air tersebut setiap pagi sebelum mengambil sarapan.Amalkan sehingga 1 minggu.
ii.  Amal memakan cekur merah sebesar 1/2 cm setiap hari.
iii. Ambil daun sup,tumbuk hingga ianya lumat kemudian perah dan cubalah minum airnya setiap hari.
iv. Campurkan segelas air kelapa muda dengan sedikit serbuk kopi dan sebuku garam,kacau dan minumlah sebanyak 2 kali dalam seminggu.
Rawatan urut tradisional juga teramat penting dalam merawat penyakit darah tinggi.Melalui rawatan urut tradisional,segala lemak dan kolestrol  yang menyekat salur darah akan dapat dihancurkan.Kesan daripada rawatan urut tradisional tersebut,salur darah akan menjadi bertambah lega dan kosong yang membolehkan darah dapat melaluinya dengan lancar.Tanpa rawatan urut tradisional seluruh badan,segala salur darah yang tersumbat tadi tidak akan disentuh,menyebabkan darah tersumbat sepertimana longkang yang tersumbat.Lama kelamaan,salur darah tersebut akan pecah terutamanya di bahagian leher yang mana keadaan ini orang panggil “strok”.Akan tetapi,untuk mendapatkan rawatan urut tradisional,carilah tukang urut tradisional yang berkemahiran dan berpengetahuan,kerana tukang urut tradisional seperti itu akan merawat semua salur darah di seluruh anggota badan melalui rawatan urut tradisional dengan jayanya.


urut Penyakit Darah Tinggi Dalam Rawatan Urut TradisionalSesungguhnya,jika anda memilih tukang urut tradisional yang tidak tahu apa-apa tentang rawatan urut tradisional,rawatan urut tradisional yang sedang didapati tersebut berkemungkinan akan bertukar menjadi satu tragedi di mana,semasa rawatan urut tradisional dijalankan,jika tukang urut tradisional itu tersalah mengurut di tempat yang sensitif terutamanya di bahagian leher,mungkin salur darah pesakit rawatan urut tradisional tersebut akan pecah.Hal ini akan menyebabkan kematian.Bagi penyakit darah tinggi yang serius,dapatkanlah rawatan urut tradisional dari tukang urut tradisional yang arif tentang cara rawatan urut tradisional.


SENGGUGUT ATAU DISMENOREA

 Senggugut Atau Dismenorea.

Senggugut dalam rawatan urut tradisional sebenarnya bukanlah penyakit infeksi yang dibawa oleh virus atau kuman.Ianya dianggap suatu keadaan ketegangan saraf sementara dalam edaran dan pusingan haid.
Senggugut dalam rawatan urut tradisional ini menyerang kebanyakan kaum wanita semasa hari kedatangan haid.Apabila seseorang diserang oleh senggugut dalam rawatan urut tradisional ini,ia akan

terasa sakit kerana berlakunya ketegangan urat saraf.Kadar rasa sakit senggugut dalam rawatan urut tradisional ini agak berbeza bagi setiap individu.Tempat yang dirasai sakit juga berbeza-beza,di mana sesetengahnya mengadu sakit dan tegang di sekitar betis,pinggang atau belikat.Manakala yang lain pula mengadu sakit di sekitar bawah perut.
Bagi sesetengah wanita,mereka amat bertuah dan patut bersyukur kerana bilamana sudah mendirikan rumahtangga dan mendapat cahaya mata,kadar sakit senggugut dalam rawatan urut tradisional ini akan berkurangan sendirinya.Kes senggugut dalam rawatan urut tradisional ini berkurangan mungkin disebabkan oleh pembesaran lubang faraj akibat terlalu kerap mengadakan hubungan seksual atau melahirkan anak.Apabila saiz faraj sudah membesar,maka dengan sendirinya pengaliran darah haid berjalan lancar tanpa halangan.
Pandangan Pakar Perubatan.
Menurut pakar sains perubatan dan penyakit puan,senggugut dalam rawatan urut tradisional ini biasanya tidak berlaku kecuali 2 atau 3 tahun selepas kedatangan haid pertama dan selalunya terjadi jika tempoh haid mengikut edaran yang ada berlaku pengovulan.Adakalanya senggugut dalam rawatan urut tradisional ini sekali sekala berlaku dalam tempoh yang tidak terjadinya pengovulan,terutamanya jika darah haid membeku dalam uterus dan kemudiannya keluar sebagai darah beku yang berbuku kecil.Kesakitan senggugut dalam rawatan urut tradisional ini biasanya bermula 24 jam sebelum datang haid dan berterusan selepas 24 jam atau 36 jam sesudah keluar darah.

Urut Tradisional | Faktor Dan Tanda Senggugut.

senggugut 2 Senggugut Bagi Kaum Wanita Dalam Rawatan Urut TradisionalSalah satu faktor yang menyebabkan sakit senggugut dalam rawatan urut tradisional ini ialah berlakunya kekejangan di otot-otot uterus akibat menerima bekalan darah yang belum matang.Dalam sesetengah kes senggugut dalam rawatan urut tradisional ini,seseorang akan mengalami muntah-muntah atau ceret beret.Kemuncaknya bagi penyakit senggugut dalam rawatan urut tradisional ini berlaku ke atas wanita yang berusia antara 15 hingga 25 tahun.
Selain daripada masalah di atas,ada satu lagi masalah yang sering mengganggu kaum wanita semasa hampir kedatangan haid ialah “Ketegangan dan Kesekan Pelvis”.
Dalam masa beberapa hari sebelum kedatangan haid,ramai kalangan wanita mendapat sindrom sebelum haid yang disebut “Ketegangan Sebelum Haid”.Keadaan ini berpunca dari air yang tersimpan secara tidak normal dalam badan akibat pengaruh hormon seks perempuan.Wanita yang terbabit mungkin mendapati buah dadanya bengkak dan sakit bila disentuh.Bahagian bawah matanya bengkak dan perutnya terasa lebam.Sesetengah wanita yang mengalami kes ini mendapat sakit kepala manakala yang lainnya mendapat sembelit.
Jika kes tersebut terjadi ke atas isteri atau anak perempuan anda,segeralah membawanya ke rumah sakit.Doktor boleh merawatnya dengan memberikan tablet yang menggalakkan pembuangan air yang tersimpan dengan memperbanyakkan pembuangan air kecil.Wanita tersebut ada kalanya diberikan ubat yang boleh mententeramkan,sehinggalah kedatangan haidnya menghilangkan semua gejala tersebut.

Urut Tradisional | Kaedah Rawatan.

                      Bromokriptin
Bromokriptin Senggugut Bagi Kaum Wanita Dalam Rawatan Urut TradisionalSatu kaedah rawatan terbaru mengatasi masalah sindrom senggugut dalam rawatan urut tradisional ini,sebelum haid,telahpun ditemui oleh 2 orang ahli ginekologi.Mereka berpendapat bahawa sindrom senggugut dalam rawatan urut tradisional ini terjadi kerana berlakunya peningkatan hormon prolaktin darah.Dalam rawatan tersebut,mereka telah memberikan sejenis ubat yang diberi nama “Bromokriptin” yang dapat mengurangkan aras tinggi dan menghilangkan gejala senggugut dalam rawatan urut tradisional tersebut dengan berkesan.Tablet itu perlu diambil 2 kali sehari bermula hari kesepuluh berlakunya edaran haid.
Kaum wanita kini tidak perlu lagi bimbang jika berlakunya masalah gangguan disebabkan oleh senggugut dalam rawatan urut tradisional ini memandangkan terdapatnya berbagai kaedah rawatan samada secara tradisional ataupun secara moden.Selain itu,berbagai jenis ubatan boleh didapati di farmasi atau di mana-mana hospital untuk mengurangkan kadar sakit.
Jenis-Jenis Ubat.
                  Mefenamic Acid                                                       Indomethacin
Mefenamic Acid Tablets Senggugut Bagi Kaum Wanita Dalam Rawatan Urut TradisionalIndomethacin Senggugut Bagi Kaum Wanita Dalam Rawatan Urut TradisionalAntara ubat-ubat yang diberikan kepada pesakit senggugut dalam rawatan urut tradisional ini di hospital-hospital kerajaan termasuklah “Mefenamic Acid”, dan juga “Indomethacin”.
Ubat mefenamic acid biasanya diberi minum bersama dengan segelas air susu.Mana-mana pesakit senggugut dalam rawatan urut tradisional ini yang telah mengambil ubat ini dinasihatkan supaya jangan memandu kenderaan jika mengalami pening kepala atau penglihatan dirasai kabur.Kerja-kerja berat juga tidak boleh dilakukan semasa pengambilan ubat ini.Selain itu,pesakit senggugut dalam rawatan urut tradisional ini juga disyorkan supaya menghindarkan diri mendedah penglihatan kepada cahaya matahari ketika panas terik,jika dirasai alahan dengan cahaya pancaran.
Ubat-Ubatan Dan Petua.
bidan kampung Senggugut Bagi Kaum Wanita Dalam Rawatan Urut TradisionalBerhubung dengan jenis-jenis ubat,pantang larang dan petua bagi penyakit senggugut dalam rawatan urut tradisional ini tidaklah berapa banyak sangat yang diketahui,cuma 2,3 jenis sahaja.
Tetapi di Kelantan memang ramai di kalangan bidan-bidan kampung yang juga dikenali sebagai tukang urut khusus bagi wanita yang sangat arif dalam memproses adun ubatan tradisional termasuklah ubat penyakit senggugut dalam rawatan urut tradisional ini,mengecutkan peranakan,menyempitkan lubang faraj,mengurangkan kuantiti cecair putih atau penyakit keputihan dan menghilangkan parut kulit perut yang pecah-pecah.
Pil Dua Dalam Satu.
senggugut21 Senggugut Bagi Kaum Wanita Dalam Rawatan Urut TradisionalSalah seorang bidan kampung terkenal di Tumpat telah berjaya memproses adun sejenis ubat tradisional yang dinamakan sebagai “Pil Dua Dalam Satu”.Nama yang diberikan kepada pil tersebut amat sesuai sekali dan kena pada tempatnya,kerana ia sangat mujarab untuk mengubati penyakit senggugut dalam rawatan urut tradisional ini serta penyakit keputihan atau “White Discharge”.Cecair putih yang terdapat di faraj wanita sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai penyakit kerana itu dianggap fitrah semulajadi bagi kaum hawa.
Sekiranya kadar kuantiti cecair putih berada di paras yang tinggi,ia mungkin disebabkan oleh sesuatu virus ataupun kuman.
Apabila keadaan ini berlaku,perhubungan seksual langsung tidak mendatangkan apa-apa nikmat.Bak kata orang tua-tua,seperti berjalan di lumpur yang pekat,bunyinya belu’,bela’ yang mana boleh didengari oleh jiran bilik sebelah.
Perlu dinyatakan di sini bahawa di faraj wanita terdapat sejenis cecair bewarna putih.Bilamana paras kuantitinya agak tinggi,hubungan seksual tidak mendatangkan nikmat kerana ianya terlalu longgar.Selain itu,melalui lubang faraj juga,darah haid mengalir keluar.Apabila keadaannya berketul dan berbuku-buku,maka wanita yang terbabit dengannya akan merasai sakit.
Oleh sebab itulah Pil yang telah disebut di atas dinamakan “Pil Dua Dalam Satu” kerana apabila si isteri yang memakannya,si suami juga turut merasai nikmat.Selain itu ianya juga dapat mengurangkan kesakitan senggugut dalam rawatan urut tradisional ini di samping kadar kuantiti cecair putih turut dikurangkan.Secara tidak langsung,lubang faraj isteri turut menjadi sempit.
Bila hal ini terjadi,perhubungan seksual pastinya dirasai seperti dimalam pertama perkahwinan.Tegasnya,walaupun si isteri yang memakan ubat tetapi suami juga turut merasai nikmat.
Lain-Lain Ubatan Dan Petua.
                 Ketumbar                                        Kunyit                                 Buah Pala                                Buah Pelaga
ketumbar Senggugut Bagi Kaum Wanita Dalam Rawatan Urut Tradisionalkunyit2 Senggugut Bagi Kaum Wanita Dalam Rawatan Urut Tradisionalbuah pala Senggugut Bagi Kaum Wanita Dalam Rawatan Urut Tradisionalbuah pelaga Senggugut Bagi Kaum Wanita Dalam Rawatan Urut Tradisional



                            Biji Jintan Hitam                        Gula Merah                                       Cengkeh                                    Gula Putih
jintan hita Senggugut Bagi Kaum Wanita Dalam Rawatan Urut Tradisionalgula merah Senggugut Bagi Kaum Wanita Dalam Rawatan Urut TradisionalCengkeh Senggugut Bagi Kaum Wanita Dalam Rawatan Urut Tradisionalgula pasir Senggugut Bagi Kaum Wanita Dalam Rawatan Urut Tradisional



                                    Pokok Seri Gading                          Bawang Merah                                   Minyak Tanah                   Manisan Kelapa
sri gading daun Senggugut Bagi Kaum Wanita Dalam Rawatan Urut Tradisionalbawang merah kesehatan borneo Senggugut Bagi Kaum Wanita Dalam Rawatan Urut Tradisionalminyak tanah Senggugut Bagi Kaum Wanita Dalam Rawatan Urut Tradisionalmanisan kelapa Senggugut Bagi Kaum Wanita Dalam Rawatan Urut Tradisional





1. Ambillah ketumbar,kunyit,buah pala,buah pelaga,biji jintan hitam,gula merah,cengkeh dan gula putih,semuanya seberat 3 auns tiap satu serta 20 gram daun seri gading.Kesemuanya itu dimasuk ke dalam periuk yang mengandungi 250 cc. air,kemudian direbus.Amalkam minum air itu selama 5 hari sebelum datang haid.
2. Ambil 2 biji bawang merah dipotong nipis-nipis,campurkan dengan satu sudu besar minyak tanah kemudian diramas uli beberapa minit.Gunakan bahan tersebut untuk buat mengurut di sekitar ari-ari dan perut semasa hampir kedatangan haid.
3. Ambillah air kelapa kemudian campurkan dengan sedikit manisan kelapa kemudian minumlah sekali sehari selama 3 hari berturut-turut semasa kedatangan haid.
4. Amalkan mandi dengan air sejuk dan kurangkanlah pengambilan garam atau makanan/minuman yang masin.


massage 6 Senggugut Bagi Kaum Wanita Dalam Rawatan Urut TradisionalRawatan urut tradisional juga teramat penting dalam merawat penyakit senggugut dalam rawatan urut tradisional ini.Terdapat sekurang-kurangnya 7 tempat di anggota badan wanita yang sering dirasai sakit,lenguh atau tegang semasa hampir kedatangan haid.Rawatan urut tradisional di buah dada juga penting untuk mengubati sesak nafas semasa hampir kedatangan haid.Semua rawatan urut tradisional yang dilakukan di tempat-tempat yang dimaksudkan adalah untuk menghilangkan angin serta meregangkan otot-otot yang tegang di kawasan tersebut dan seterusnya melancarkan peredaran darah yang sihat di kawasan bermasalah.Sesudah dirawat dengan rawatan urut tradisional dalam tempoh tidak sampai 30 minit,seseorang wanita itu akan merasa lega dan ringan.Bagi sesetengah wanita kadang-kadang,sejurus selepas di urut dengan rawatan urut tradisional,darah haid dirasai terkeluar perlahan-lahan.Untuk memdapatkan rawatan urut tradisional ini,semestinya anda kenalah memilih tukang urut tradisional yang terlatih dan berpengetahuan dalam rawatan urut tradisional.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...