Berlebihan asid urik dalam buah pinggang kerana asid yang terlampau
banyak di dalam darah hasil daripada penghadaman makanan yang tidak
betul,asid urik akan membentuk ‘batu’ dalam buah pinggang.
Rosaknya renal,buah pinggang gagal menapis keluar hasil kotoran
daripada aliran darah.Pembengkakkan dan jangkitan pada pundi
kencing.Oleh kerana itu ia tersekat dari membuang keluar kotoran yang
disalur dari buah pinggang.
Tanda-Tanda Penyakit Buah Pinggang.
Sukar buang air kecil atau kencing kerap dari biasa.Tisu-tisu badan
membengkak dapat juga dilihat bengkak pada muka kerana pengumpulan
cecair pada tisu.Sakit belakang,hilang selera makan,gatal-gatal
badan,tidak sedar diri dan lemah-lemah badan.
Apa Yang Menyebabkan Sakit Buah Pinggang.
Dirosakkan oleh dadah (pain killer),racun,bahan pengawet makanan
seperti asid borik dalam kek,mi dan makanan bertepung.Demam
kuning,kedudukan tulang-tulang yang tidak teratur dan anemia.
Sebab-Sebab Yang Boleh Merosakkan Pundi Kencing Yang Boleh Membawa Kepada Sakit Buah Pinggang.
‘Batu’ yang tumbuh pada buah pinggang,pembesaran sistem peranakan,buah pinggang terapung dan cedera tulang belakang.
Penjagaan Pemakanan Oleh Pesakit Buah Pinggang.

1.
Asparagus – Memberi air kencing bau yang kuat yang menunjukkan ia
membuang asid urik yang banyak.Kukus asparagus selama 3 minit.
2. Anggur hitam – Tekanan darah akan turun dan air kencing bebas dari albumin.
3. Tembikai – Kunyah dengan agak lama.
4. Timun – Mentah atau jus,boleh dicampur dengan jus karot,2 pain sehari diminum.
5. Air bali,kacang soya dan kobis.
Makanan Yang Perlu Dielakkan.
Garam,makanan awet,sos soya,kopi,teh,tomato,bayam masak,lada sulah dan alkohol.
Jenis-Jenis Herba Yang Disyorkan.
Herbal MIX,herbal YANG/YIN,herbal WIND,herbal FLUID,herbal CHOLES.

Masalah buah pinggang ni boleh juga diurut dengan rawatan
urut tradisional.Tukang
urut tradisional biasa mengurut di sekitar kawasan pinggang pesakit.Rawatan
urut tradisional
ini tidak banyak dapat membantu kerana ia berkait rapat dengan amalan
dan juga penjagaan pemakanan kita semasa hari-hari biasa dan juga pada
masa selepas berlakunya penyakit ini.Perlu diingatkan bahawa,penyakit
buah pinggang ini adalah antara penyakit yang paling merbahaya kerana
ianya melibatkan ‘kilang’ pemprosesan bahan kumuh dari badan
manusia.Jika rosak buah pinggang,maka rosaklah kehidupan individu
tersebut.Jadi berhati-hatilah dengan amalan dan pemakanan seharian
kita.Dapatkanlah rawatan urut tradisional sekali-sekala untuk mencuci
segala kotoran dalam darah kita.Jika terjadinya sakit buah
pinggang,peratusan hayat kita untuk hidup amatlah tipis walau dapatkan
rawatan urut tradisional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan