Sabtu, 23 Februari 2013

PENYUSUAN ANAK SATU HAK


As'salam pengunjung Atiefza...
Sudah lama saya xmenulis yer...suka saya untuk berkongsi satu artikel yang telah dikeluarkan oleh satu paper (Utusan Malaysia) bertarikh Rabu 20 Februari 2013 tentang " PENYUSUAN ANAK SATU HAK"..
Artikel tersebut adalah seperti berikut :

Ibu bapa mempunyai banyak tanggungjawab terhadap anak mereka. Antara tanggungjawab tersebut ialah menjaga, memelihara dan membesarkan. Kirta sering menganggap menjaga anak yang baru lahir adalah suatu kebiasaan dan datang secara semulajadi.
Dahulu ibu bapa kita menerima kelahiran anak sebagai satu rahmat-Nya. Sering kita melihat majlis kesyukuran dibuat dengan majlis bercukur rambut dan akikah. Yang kurang berkemampuan tetap menghantar sepinggan pulut kuning atau bersedekah ke masjid dan jiran tetangga sebagai tanda kesyukuran.
Orang dahulu menyusukan anak mereka kerana itulah perkara semulajadi dan murah. Penyusuan adalah jelas dinyatakan dalam Al-Quran menerusi surah Al-Baqarah ayat 233. Ahli fiqh bersepakat bahawa penyusuan adalah kewajipan ibu yang dipertanggungjawabkan oleh agama yang berasaskan ayat di atas. Kewajipan ibu ini tidak mengira sama ada kaya atau miskin.
Dari sudut sains perubatan, susu ibu memberi perlindungan daripada penyakit kerana ia mengandungi antibodi yang tinggi selain kalsium dan sebagainya. manakala dari sudut psikologi, penyusuan menjalin hubungan ibu dan anak. Keakraban ini sangat penting dalam hubungan ibu dan anak kerana anak akan mengasihi ibunya dan tidak derhaka lagi mendengar kata.
Persoalan yang sering timbul, wajibkah menyusukan anaknyaselama dua tahun?Bolehkah mahkamah memerintahkannya?Oleh kerana tanggungjawab memberi nafkah adalah tanggungjawab bapa, maka bapa berkewajipan membayar upah penyusuan itu. Ini berasaskan surah diatas. Begitu juga dalam surah Al-Talaq ayat 6. Jika ibu telah diceraikan maka ibu berhak kepada upah jika beliau diceraikan talaq bain berasaskan surah Al-Baqarah ayat 233.
Ulama Maliki berpendapat ibu boleh diperintahkan oleh mahkamah supaya menyusukan anak kecilnya. Mazhab Shafie mewajipkan ibu menyusukan anaknya dengan susu pertama sebaik kelahiran dan anak tidak akan hidup tanpanya dan orang lain tidak dapat menggantikannya.
Ulama juga berpandangan bahawa jika ibu masih hidup bersama suaminya sebagai suami isteri atau dalam iddah talaq raj'i, suaminya tidak perlu membayar upah kepada ibu untuk penyusuan tersebut.
Sekiranya ibu telah diceraikan dengan talaq bain (talaq tidak boleh rujuk seperti talaq tiga), maka suaminya iaitu bapa anak wajib membayar upah kerana menyusukan anak. Bagi ibu yang telah tamat iddah dan masih menyusukan anak, maka wajib bagi bapa iaitu bekas suaminya membayar upah penyusuan tersebut. Tempoh penyusuan adalah genap 2 tahun.
Oleh itu, selaras dengan konsep dan hukum penyusuan, anakmen keluarga islam yang wujud di negeri-negeri di Malaysia  memastikan bahawa hak pemeliharaan anak yang masih kecil sehingga berumur 2 tahun ialah hak ibu. Peruntukan ini solah-olah memutlakkan hak ibu terhadap anak yang masih kecil dan alasan sebenarnya kerana ini adalah tempoh penyusuan bagi anak.
Dalam keadaan ibu telah diceraikan dan telah habis iddah sekalipun, ibu tetap diberi keutamaan menyusukan anaknya demi menjaga kepentingan dan kebajikan anak. Ini diperuntukkan dalam seksyen 83(1) Enakmen undang-undang Keluarga Islam, Selangor 2003 yang berbunyi :
"Tertakluk kepada seksyen 83, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagimenjaga anak kecilnyadalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan".
Maknanya, jika pasangan bercerai semasa anak masih bayi (bawah 2 tahun) mahkamah akan menyerahkan pemeliharaan anak tesebut kepada ibunya dan bapa wajib membayar upah penyusuan kepada bekas isteri.
Mana-mana pasangan mempunyai anak yang masih menyusu, mereka tidak bolh menggunakan anak tersebut untuk tujuan membalas dendam. Misalnya, seorang lelaki yang terlalu marah atau benci kepada bekas isterinya tidak memberinya nafkah sebaik tamat tempoh iddahnya.
Malah bekas isterei juga tidak boleh menyusahkan bekas suaminya kerana sakit hati terhadapnya dengan mengenakan upah yang tinggi bagi penyusuan yang luar kemampuan bekas suaminya. Dia juga tidak boleh menafikan hak bekas suaminya untuk memelihara anak secara bersama atau hak anak untuk mendapat kasih sayang daripada ayahnya. Semua ini menunjukkan bahawa islam memberi keutamaan kepada anak.
dalam hal penyusuan, jika ibu tidak mempunyai susu secukupnya atau anak tidak mahu menyusu dengannya, maka demi menjaga kepentingan anak yang baru lahir, maka bapa mesti mencari susu alternatif untuk anak. Nabi Muhammad SAW sendiri disusukan oleh ibu susuan. Namun hari ini dengan wujudnya banyak susu formula iaitu susu lembu yang telah diproses, maka peranan ibu susuan menjadi tidak penting. malah ramai diantara kita tidak tahu pun mengenai ibu susuan daripada segi hukum dan kepentingannya.
ALLAH SWT telah menggariskan sesuatu atas sebab atau hikmah tertentu. Kenapakah pada zaman nabi SAW kecil tidak memerlukan susu, Allah tidak gerakan orang yang menjaganya memberikan Baginda susu  lembu atau susu unta, tetapi mempromosi susu manusia sbagai susu gantian kepada bayi.
Dari sudut hukum, jika menyusukan anak orang lain, maka hukumnya wanita itu menjadi ibu susuan kepada anak susuan itu, Anak susuan menjadi hubungan haram nikah dengan keluarga ibu susuannya.
Daripada peneranagn mengenai hak penyusuan ini, jelas dapat dilihat bahawa islam sangat memntingkan keturunan dan memelihara kebajikan anak. Anak yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai hak untuk hidup, anak perlu diberi makan dan minum.
Oleh kerana bayi yang baru lahir hanya boleh meminum susu dan yang terbaik adalah SUSU IBU, makan ibu-ibu mempunyai kewajipan menyusukan anaknya supaya anaknya tidak mati kelaparan atau kekeringan (dehydration).
Hari ini kita juga mendapati susu awal ibu mengandungi khasiat yang sangat tinggi seperti menghindari pelbagai penyakit dan sebagainya. hari ini di semua hospital kerajaan, ibu-ibu diwajibkan menyusukan anak mereka. Kerajaan juga telah memberikan cuti bersalin selama 90 hari bagi memberi peluang penyusuan susu ibu sepenuhnya selama 3 bulan dan digalakkan sehingga anak berusia 2 tahun.
Bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan juga mewujudkan pusat jagaan anak di tempat-tempat kerja bagi membolehkan ibu membawa anak mereka ke tempat kerja dan boleh keluar menyusukan bayi.
Malahan hari ini juga telah ada mesin mengepam susu yang mana ibu boleh mengeluarkan susu lebih awal dan susu disimpan dalam peti sejuk sebelum diberikan kepada anak ketika bekerja.
Semua ini kerana penyusuan anak oleh ibu adalah satu kewajipan dan dengan cara ini anak dan ibu mendapat manfaat tanpa perlu ibu beerhenti kerja atau anak diberi susu formula.

INFO


Fuqaha sepakat bahawa ibu wajib menyusukan anak kecilnya :
- Anak tersebut tidak mahu menerima susu lain selain susu ibunya. Ini kerana anak akan mati jika tidak diberi susu sedangkan ia hanya mahu minun susu ibunya.
- Hal yang sama dikenakan terhadap ibu susu yang telah tamat kontrak penyusuan kerana anak yang disusukannya tidak mahu menerima susu yang lain.
- Tidak ada orang lain yang mahu menyusukan anaknya maka wajib atas ibunya untuk mengelak daripada kemudaratan.
- Bapa tidak mampu membayar upah penyusuan maka wajib ke atas ibunya menyusukan anaknya sendiri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...