Sabtu, 8 Disember 2012

SUSU TERBAIK DIDUNIA..

Assalamualaikum ibu-ibu...

Nak tahu x, apakah susu yang terbaik di dunia???? mesti kaum ibu dah tau kan...tak tahu??? Dah tentulah susu ibu kan..ok hari ni saya nak kongsi ckt mengenai susu ibu.. Syukur Alhamdulillah, dalam zaman yang serba canggih dan moden ni, masih ramai ibu2 yang memilih untuk menyusukan anak dengan susu ibu sahaja malah semakin tinggi kesedaran ibu-ibu tentang kebaikan susu ibu ini betul tak???bagi ibu-ibu yang bekerja pula ia bukan lagi alasan untuk ibu memberikan susu tiruan(susu formula) kepada si manja. 

Jom kite tengok kenapa ramai ibu2  berusaha keras untuk memberikan susu yang terbaik ini buat si MANJA mereka:



  • Mengandungi antibody (bahan pencegah penyakit).
  • Mempunyai komposisi nutrien yang lengkap dan memenuhi keperluan bayi.
  • Mengandungi protein dan asid lemak yang tinggi dan mudah hadam.
  • Mengurangkan risiko alahan.
  • Mengurangkan masalah pergigian dan ortodontik.
  • Melindungi bayi daripada kolik, asma, penyakit kulit, jangkitan hidung dan telinga.
  • Mengelakkan cirit-birit dan penyakit saluran penafasan.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesity.
  • Menggalakkan tumbesaran yang baik.
  • Meningkatkan daya perkembangan intelek yang baik.

Wahhh.. begitu banyak manfaat untuk bayi dari susu ibu ni ye.. 
 
 Mari kita sama-sama tengok kegigihan ibu-ibu ini bagi memberikan susu yang terbaik untuk si MANJA mereka:


HEBAT BUKAN IBU-IBU INI????TEPUK DADA TANYALA HATI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...