Selasa, 23 Oktober 2012

Kepentingan penyusuan mengikut kemahuan bayi

Penyusuan perlu dilakukan dengan kerap mengikut kemahuan bayi supaya :

1. Bayi akan mendapat kolostrum (Susu awalan dari ibu berwarna kekuningan)
2. Bekalan susu akan dihasilkan dengan cepat dan berterusan
3. Berat badan bayi akan meningkat dengan cepat
4. Bayi kurang risiko mengalami jaundis
5.Bayi kurang menangis dan kurang desakan untuk memberi susu gantian
6. Ibu kurang mengalami bengkak payudara
7. Penyusuan susui ibu dapat bertahan lebih lama
8. Bayi perlu dikejutkan untuk penyusuan jika tidur terlalu lama


SUSU IBU TITISAN EMAS BUAT SIMANJA.....

mengapa anda perlu memberi susu ibu buat anak tersayang?

  • ia mudah dan cepat (tak perlu bancuh2 lg)
  • ia melindungi bayi anda dari penyakit
  • susu ibu mengandungi oxytocin (love hormon) yang membantu membina hubungan erat antara ibu dan bayi.
ia mengandungi lebih 400 vitamin,mineral,lemak dan protien yang tidak boleh ditemui dalam mana2 susu formula dpasaran ddunia ini.
  • bayi yang minum susu ibu mempunyai tahap IQ yg lebih tinggi berbanding bayi yang minum susu formula(kene menyusu sampai 2 tahun ye)
  • susu ibu dihasilkan bersesuaian dengan keperluan nutrisi dan imunisasi badan bayi anda.
  • susu ibu melindungi bayi dari SIDS(SUDDEN INFANT DEATH SYNDROME) atau mati mengejut.
  • ia membakar lebih dari 500 kalori sehari,jadi menyusu adalah cara yang paling cepat untuk anda menurunkan berat badan.
  • susu ibu mengandungi protien dan lemak istimewa yang menggalakkan perkembangan otak bayi.
    akhir sekali susu ibu adalah 100% percuma dan menjimatkan kos perbelanjaan anda,,,,selamat menyusu untuk ibu2 seluruh dunia ^_^


  • Tiada ulasan:

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...