Selasa, 23 Oktober 2012

Faedah penyusuan susu ibu kepada bayi dan ibu

Salam...hari ini saya nak kongsikan dengan rakan-rakan semua tentang kebaikan susu ibu...

1.  Faedah penyusuan susu ibu kepada bayi...
  • Membekalkan pemakanan yang ideal untuk bayi
  • Melindungi bayi dari jangkitan
  • Mencegah sebahagian daripada punca kematian bayi
  • Mengurangkan risiko alahan kepada bayi
  • Mengurangkan risiko JUVENILE-ONSET DIABETES
  • Mudah dihadam
  • Mengurangkan risiko obesiti dewasa dan dilewat usia
  • Sedia diminum dan sentiasa menepati keperluan bayi
2. Faedah penyusuan susu ibu kepada ibu...
  • Membantu pengecutan rahim dan mengelakkan anemia dan tumpah darah
  • Mengurangkan risiko barah payudara dan barah ovari
  • Membantu menurunkan berat badan ketika hamil dengan gabungan penjagaan diet dan senaman
  • Menjarakkan kehamilan
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • Menjimatkan perbelanjaan keluarga
Jadi para ibu-ibu atau bakal ibu-ibu ambil inisiatif ini untuk menyusui bayi anda sejurus sahaja anda melahirkan simanja anda...anak adalah anugerah yang paling HEBAT dikurniakan ALLAH, jadi berikan mereka apa yang terbaik yang ALLAH telah tentukan sejak azali lagi...SUSU IBU....
akhir bicara selamat menjadi ibu kepada kawan-kawanfaedah penyusuan susu ibu kepada bayi dan ibu

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...