Isnin, 21 Januari 2013

PEMAKANAN IBU HAMIL DAN KESAN ALAHAN PADA BAYI

-.Ibu hamil secara azalinya mula memandang diet hariannya sebagai sesuatu yang serius. Maklumlah, membawa insan lain dalam tubuhnya, menjadikan seorang ibu tidak mahu merisikokan bayinya terhadap perkara-perkara yang tidak diingini.
- Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan semasa mengandung dikaitkan dengan merendahkan peluang mempunyai bayi dengan alahan tertentu,satu kajian dari Jepun mencadangkan hal ini.
- Kajian mendapati bahawa bayi yang dilahirkan oleh wanita yang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran hijau dan kuning yang kaya dengan beta karotena, mempunyai kurang risiko menghidap ekzema, satu keadaan yang menyebabkan kulit menjadi gatal, kering, merah dan rekah.
- Makanan yang tinggi dalam Vitamin E, seperti yang ditemui dalam beberapa sayur-sayuran hijau, juga didapati boleh mengurangkan risiko semput pada bayi.
- Kajian ini dibuat terhadap 763 wanita Jepun yang memakan sayur dan buah semasa mengandung untuk menilai adakah bayi mereka menghidap ekzema.
- Keputusannya, penyelidik mendapati, pengambilan sayur dan buah yang kaya dengan fitonutrien semasa hamil mengurangkan risiko ekzema pada bayi sehingga 79%, selepas didedahkan kepada faktor-faktor yang boleh mencetuskan ekzema.
- Jadi, kepada ibu-ibu hamil, banyakkan mengambil makananan yang tinggi dengan beta karotena, insya-Allah kita berusaha untuk menghidarkan anak-anak kita dari risiko penyakit-penyakit yang boleh mengganggu kegiatan harian mereka. Dan setelah melahirkan, jangan abaikan untuk menyusukan bayi anda dengan susu badan!
Dapatkan Set Kehamilan Shaklee hari ini!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...